Tuesday, March 15, 2011

PAKEJ-PAKEJ PROMOSI

Tarikh kemaskini : 08/04/2011

Sahabat-sahabat nak beli buku tapi…

  • tak tahu buku apa yang menarik?

  • tiada masa untuk ke kedai buku?

  • mahu buku dihantar terus ke rumah/ pejabat tapi dengan harga yang berpatutan.


InsyaAllah, kami bersedia memberikan perkhidmatan di atas untuk sahabat-sahabat semua melalui PAKEJ-PAKEJ PROMOSI.

InsyaAllah, dalam PAKEJ-PAKEJ PROMOSI ini kami akan memasukkan buku-buku menarik yang patut dibaca oleh sahabat-sahabat semua bagi menambah ilmu dan kabaikan dalam kehidupan.

InsyaAllah, PAKEJ-PAKEJ PROMOSI yang sedang dan bakal kami sediakan adalah seperti berikut:

(sila klik pada nama pakej untuk lihat senarai buku dan kos penghantaran)

  • PAKEJ MENCONTOHIMU, YA RASULULLAH SAW

(akan datang)

  • PAKEJ MENGENALI TOKOH-TOKOH TAULADAN

(akan datang)

  • PAKEJ PEKA ISU SEMASA

(akan datang)


  • Lain-lain yang akan diberitahu kelak



Kos penghantaran


Kebiasaannya, apa-apa sahaja barang yang dihantar melalui pos dikira harganya mengikut berat, contohnya 0-2kg dicas RM8, manakala bagi berat 2.1-3kg dikira RM9 bagi Semenanjung Malaysia.

Seperti ramai yang sedia maklum, kos penghantaran ke Sabah & Sarawak adalah lebih tinggi memandangkan perlu menggunakan pengangkutan udara. Casnya adalah seperti berikut; bagi berat 0-0.5kg berharga RM10, 0.6-1kg berharga RM11.50 dan 1.1-1.5kg berharga RM13.

Mahalkan? Sebab itulah kami ingin membantu sahabat-sahabat dengan membayarkan sebahagian daripada kos penghantaran itu. Cuma di pihak sahabat-sahabat, kami pohon, doakanlah semoga Allah SWT sentiasa membimbing kami ke jalan yang benar, bahagia dan selamat dunia akhirat…

Oh ya, lupa pula hendak beritahu. Untuk pengetahuan sahabat-sahabat, sebahagian buku-buku dalam pakej-pakej ini dibeli dari Syarikat Stormreaders manakala sebahagian yang lain dibeli terus dari Syarikat PTS.

Bagi buku-buku yang dibeli dari Syarikat Stormreaders, penghantarannya akan dibuat oleh pihak syarikat, terus dihantar dari pejabat orperasinya yang terletak berhampiran Damansara Damai. Oleh itu, walaupun saya sebagai penjual tinggal di Kota Kinabalu, kos penghantaran untuk ke Sabah & Sarawak adalah lebih mahal berbanding kos penghantaran ke Semenanjung Malaysia (kerana kos penghantaran bukan dilakukan dari Sabah).

Sementara itu, bagi buku-buku yang dibeli terus dari Syarikat PTS, pihak kami yang akan menguruskan penghantarannya. Justeru, InsyaAllah kos penghantaran ke Semenanjung Malaysia, Sabah & Sarawak akan disamaratakan.

Jadi, apa tunggu lagi? Jom beli buku-buku menarik dan padat dengan informasi bermanfaat!

Sila klik pada nama pakej untuk lihat senarai buku dan kos penghantaran!

  • PAKEJ MENCONTOHIMU, YA RASULULLAH SAW

(akan datang)

  • PAKEJ MENGENALI TOKOH-TOKOH TAULADAN

(akan datang)


  • PAKEJ PEKA ISU SEMASA

(akan datang)


  • Lain-lain yang akan diberitahu kelak


Kembali ke HALAMAN UTAMA atau lihat BUKU, CD, VCD TERPILIH atau layari www.stormreaders.net/ummuamir untuk lihat buku-buku lain dalam stok.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...