Thursday, March 10, 2011

Buku: Aku Terima Nikahnya


Buku ini merupakan terjemahan jalur pengalaman penulis dari sebelum berkahwin, kemudian mendirikan rumah tangga, seterusnya mempunyai anak.

Amat sesuai dijadikan rujukan bagi pasangan yang belum, sedang dan telah berumah tangga.

Buku 'Edisi Istimewa' Aku Terima Nikahnya merupakan Kompilasi dari 3(tiga) buah buku best sellers, iaitu Aku Terima Nikahnya, Bercinta Sampai ke Syurga, dan Murabbi Cinta 3 dalam 1. Buku keluaran Galeri Ilmu Sdn. Bhd. Dapatkan segera!

Petikan dari buku

Pada usia 26 tahun, selepas 2 bulan mendirikan rumahtangga, Allah menghantar saya ke suatu permulaan kepada proses mengenal rumah tangga. Bertugas sebagai Imam, jurunikah, guru, jurulatih motivasi, yang segalanya terkumpul dalam kalimah TARBIAH dan DAKWAH, segala pengalaman yang diperoleh amat berbekas pada fikiran, jiwa dan tangan untuk menguruskan diri dalam pelayaran rumah tangga sendiri. Semasa mengajar saya belajar, ketika membantu saya dibantu. Pendedahan yang diperoleh telah begitu berguna dalam membekalkan saya panduan dan bekalan untuk memahami dan seterusnya menghidupkan sebuah dunia kecil bernama “rumah tangga”.

Rumah tangga itu adalah cermin untuk melihat Ummah. Setiap bata yang membentuk binaannya, adalah hasil “air tangan” sebuah rumah tangga.

Medan suami mendidik isteri, medan isteri memimpin suami. Tempat ibu bapa mengasuh anak, dunia anak-anak berihsan dengan ibu bapa. Semua itu adalah “dunia kecil” yang Allah SWT anugerahkan kepada setiap kita untuk belajar membentuk manusia, sebelum berjuang membina massa. Rumah itu medan pertama, sebelum Ummah matlamat besarnya.

“Sebaik-baik kamu adalah kamu yang terbaik kepada keluarganya, dan aku adalah yang terbaik untuk keluargaku.” (Al-Hadis)

Itulah harga sebuah rumah tangga, tempat manusia dibentuk untuk membentuk. Titik mula pada sebuah perkahwinan yang dilayarkan dengan ikrar “aku terima nikahnya” adalah permulaan kepada kembara manusia dan cinta.

Manusia melahirkan cinta.

Cinta melahirkan manusia.

Gerimis SAKINAH membawa pasangan meredah lautan MAWADDAH. Bertemankan RAHMAH untuk menempuh hari cerah dan mendung hitam, manis madu, dan pahit hempedu pada sebuah reality kehidupan, pasca “Aku Terima Nikahnya.”

Cinta dan kasih sayang bukan sekadar kurniaan nikmat hidup yang sementara. Malah ia sebagai satu seruan untuk kita BERCINTA SAMPAI KE SYURGA.

Abu Saif

Kuala Lumpur

Dapatkan petua ini serta banyak lagi dalam buku Aku Terima Nikahnya, Edisi Istimewa.

Judul: Aku Terima Nikahnya, Edisi Istimewa

Penulis: Ustaz Hasrizal Abdul Jamil.

Harga pasaran: RM55 (Semenanjung Malaysia)/ RM58 (Sabah&Sarawak)



Sila klik PAKEJ-PAKEJ PROMOSI untuk baca tentang Kos Penghantaran.


Kembali ke HALAMAN UTAMA atau lihat BUKU, CD, VCD TERPILIH atau layari www.stormreaders.net/ummuamir untuk lihat buku-buku lain dalam stok.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...