Tuesday, June 28, 2011

Buku kanak-kanak: Si Kecil di dalam Kantung



















Betulkah anak kanggaru membuang najis di dalam kantung ibunya?

Ke mana perginya najis-najis tersebut?

Bolehkah kanggaru bertahan tanpa minum air selama berbulan-bulan?

Berapa jauh kanggaru boleh melompat?


Ketahui jawapannya dan banyak lagi fakta menarik di dalam buku ini.


* SIRI MENEROKA ALAM HAIWAN (ada 10 judul buku)

1. Berkulit keras, ilustrasi dan warna menarik di setiap muka surat (24 m/s).

2. Menambah pengetahuan si kecil & meransang imaginasi tentang penciptaan makhluk Tuhan.

3. Diselitkan kisah-kisah mencuit hati dalam alam haiwan.

4. Disertakan fakta-fakta menarik dan pelik tentang haiwan-haiwan pilihan.

5. Menggunakan gaya bahasa yang mudah difahami kanak-kanak.


Harga istimewa: RM20.00 (seluruh malaysia)


Penghantaran PERCUMA ke sekitar Kota Kinabalu, Sabah.

Lain-lain tempat akan dikenakan cas pos sebanyak RM1 sahaja dengan menggunakan Pos Malaysia Berdaftar (tertakluk kepada sebarang perubahan harga di Pos Malaysia. Sekiranya terdapat perubahan, akan dimaklumkan kelak).

* PERCUMA poster SIRI MENEROKA ALAM HAIWAN (selagi stok masih ada).


Dapatkannya sekarang! SMS ke : Pn. Salwa 013-3372701 atau

En. Fendi 013-3372700

Friday, June 3, 2011

Buku: Kisah benar: Anakku Brain Tumor (oleh Isyah Radhiah)

Alhamdulillah, hari ni baru kesempatan kembali & dapat idea utk update blog ini setelah sebulan lebih menyepi. Baru-baru ni biras saya, Kak Wani ada memaklumkan tentang sebuah buku yang ditulis oleh seorang ibu, Isyah Radhiah yang juga merupakan isteri kepada Che Am Raihan, tentang pengalaman mereka melalui saat-saat getir merawat anak yang disahkan menghidap kanser otak. Saya pun cepat-cepat mencarinya. Alhamdulillah ramai juga bloggers yang ulas tentang buku ini.


Sesiapa sahaja yang membacanya pasti tersentuh hati menyelami ikhtiar-ikhtiar mereka menyelamatkan anak tersayang. Kebesaran Allah terlihat melalui kisah mereka. Subhanallah!


Judul: Anakku Brain Tumour, Hikmah 5 sebelum 5

Penulis: Isyah Radhiah Idris

Harga pasaran: RM25 (Semenanjung Malaysia)/ RM27 (Sabah&Sarawak)

Harga promosi: RM22 (Malaysia, Brunei, Singapore dan lain-lain)


Keterangan buku


Pada pertengahan 2010, mereka diduga Allah dengan penyakit yang digeruni yang dihidapi anak ketiga mereka, Ahmad Mahir Baihaqi atau nama panggilannya Aqi, yang ketika itu (pertengahan 2010) berumur 9 tahun. Anak yang cergas sejak lahir itu mendapat sakit kepala yang berterusan dan muntah-muntah selama seminggu. Dia disahkan menghidap ketumbuhan otak (brain tumour) oleh Hospital Pakar Damansara.

Maka bermulalah episod dugaan hidup yang terpaksa ditempuhi oleh isteri yang ketiadaan suami di sisi, iaitu tatkala Che Amran ke Australia selama 10 hari untuk pelancaran album Raihan. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Kebahagiaan dan kegembiraan bagaikan diragut. Perasaan berkecamuk berlegar di dalam diri. Benarkah anak ini menghidap penyakit bahaya yang menjadi igauan ngeri setiap insan? Kepulangan suami menjadi pengubat jiwa yang gundah. Namun, empat hari mereka dalam keadaan buntu, sambil tetap pasrah dengan ketentuan Ilahi dan redha dengan ketetapan-Nya.

Doktor pakar bertegas bahawa pembedahan perlu segera dibuat untuk mengelakkan tumor daripada membesar dan menyerang saraf penting di dalam otak. Berpindah ke hospital kerajaan dan kemudian berpatah balik ke hospital swasta adalah usaha yang dilakukan semata-mata kerana mahu memastikan pembedahan dilakukan segera ke atas Aqi. Namun masalah kewangan dan risiko yang akan dihadapi sekiranya pembedahan dijalankan, membuatkan mereka suami isteri dalam dilema.

Pandangan dan nasihat daripada kaum keluarga dan kenalan melalui telefon dan SMS, diambil sebagai pertimbangan. Biar apa pun, keputusan adalah di tangan mereka. Mereka sendirilah yang perlu memutuskan apa yang terbaik untuk anak mereka. Perlukah pembedahan segera dilakukan atau patutkah ditangguhkan? Wajarkah mereka memilih rawatan alternatif untuk mengelak risiko daripada pembedahan? Wujudkah rawatan alternatif untuk penyakit berbahaya ini yang tidak memerlukan pembedahan? Sejauh mana kesannya?

Pertemuan dengan Kak Zah yang mempunyai anak dengan penyakit yang sama dengan Baihaqi telah membuat Isyah merenung dan berfikir dengan mendalam. Antara pesanan Kak Zah yang menusuk kalbu Isyah; “Kita perlu bergerak untuk anak seperti ini. Walaupun dia nampak dah stabil, kita tidak boleh berada di zon selesa.” Walaupun anak Kak Zah sendiri telah menjalani pembedahan, dia menyarankan agar Isyah berusaha mendapatkan rawatan lain terlebih dahulu kerana Isyah masih mempunyai pilihan, berbanding dengan Kak Zah sebelum ini yang terdesak membuat keputusan kerana kesuntukan masa dalam membuat pilihan.

Pesanan ibunya juga membuatkan renungan Isyah makin dalam. “Sah, mak rasa elok kalau tangguh dulu perancangan pembedahan tu. Mak tak sedap hati kalau menyentuh bahagian kepala,” kata si ibu. Berdasarkan pandangan majoriti ahli keluarga dan sahabat-handai, akhirnya Isyah dan Che Amran membuat keputusan.

Ketika segala persiapan sudah dibuat oleh hospital pakar untuk menjalankan pembedahan ke atas Baihaqi, Che Amran menelefon doktor dan memaklumkan keputusan itu, meminta pembedahan ditangguhkan dan meminta izin untuk membawa keluar Baihaqi dari hospital. Selepas itu bermulalah perjalanan mencari kaedah-kaedah rawatan alternatif yang diiringi dengan terapi solat, terapi doa, terapi al-Quran dan penjagaan pemakanan yang ketat untuk Baihaqi. Masih terngiang-ngiang kata-kata doktor sebelum ini; “Jangan mengharapkan sangat daripada anak ini, dia tidak akan hidup lama.”

Hikmah daripada apa yang berlaku, Isyah dan Che Amran semakin sedar akan tanggungjawab mereka dalam memenuhi amanah Allah menjaga dan mendidik anak-anak. Hubungan mereka suami isteri juga bertambah erat, manakala hubungan dengan kaum keluarga dan sahabat-handai tambah rapat.

Anakku Brain Tumour adalah perkongsian pengalaman yang akan memberi motivasi ‘hidup’ kepada ibu bapa dan memberi harapan baru kepada mereka yang mempunyai anak yang senasib dengan Baihaqi. Lebih daripada itu, ia sebuah kembara rohani sepasang suami isteri dalam menunaikan tanggungjawab dan amanah demi mencari keredhaan Tuhan.

Testimoni

“Satu perkongsian pengalaman yang sangat bermakna buat seorang yang bernama ibu mahupun bapa Tahniah bukan hanya pada penerbitan bukunya tetapi juga kerana ketabahan melalui saat-saat genting demi nyawa seorang anak yang disayangi. Penulisan ini juga sebagai panduan bagi mereka yang menghadapi masalah yang sama.”

- Tn Hj Ismail Ahmad, Pengarah Urusan HPA

“Gabungan pengalaman dan ilmu berdasarkan fakta ... bukan sahaja sebagai panduan untuk mereka yang menghadapi ujian penyakit malah panduan bagaimana hubungan dalam keluarga, dengan saudara-mara dan sahabat-handai perlu berlangsung secara ikhlas.”

- Siti Rugayah Hj. Tibek, pensyarah Jabatan Dakwah, Fakulti Pengajian Islam, UKM

“Buku ini bukan sekadar mengenai tumor di dalam kranium tetapi menjangkaui persoalan seluas atmosfera kehidupan. Bingkisan berharga bagi sesiapa yang mencari pahlawan dalam diri, semangat melawan kental, rahsia perawatan yang begitu unik, harga budi dan kasih sayang serta pergantungan mutlak pada Ilahi. Ia membenarkan: setiap sesuatu sentiasa punya pilihan ketiga yang infiniti!”

- Ustaz Zul Ramli Mohamed Razali, perunding motivasi dan penulis buku U-Turn Ke Jalan Lurus dan R&R Di Lebuh Raya Kehidupan


“Sangat terkesan dengan jalan ceritanya. Amat menarik. Satu catatan pengalaman yang amat berharga. Wajib dibaca oleh semua lapisan masyarakat. Kekentalan jiwa seorang ibu membawa kepada kekuatan. Walau dalam keadaan genting masih mampu membuat keputusan dengan tenang.”

- Hasan Suyut, CEO Lotus West Engineering Sdn. Bhd. dan penulis buku Kembara Atiq Wazif: Satu Anugerah

“Kita tidak akan tahu sejauh mana kuatnya kita dalam menghadapi ujian hidup sehinggalah satu-satunya pilihan yang ada pada kita hanyalah untuk redha dan sabar dalam menerima qadha dan qadar Allah. Buku ini besar nilai tarbiahnya kerana ia memaparkan bagaimana pasangan suami isteri ini mengurus ujian hidup dengan jiwa tauhid.”

- Zabidi bin Mohamed, penulis skrip drama http://zabidiskrip.blogspot.com

Siapa patut miliki buku ini?















Kos penghantaran

Setelah beberapa bulan beroperasi secara online, kami suami-isteri ingin try kaedah baru yang memberi win-win situation kepada kami dan anda, para pelanggan yang budiman.

Sebagai makluman, saya kini menetap di Kota Kinabalu, Sabah kerana mengikut suami yang bekerja di negeri di bawah bayu ini. Walaubagaimanapun, ada tempoh tertentu di mana saya dan Amir Solihin akan pulang ke kampung di Telok Mas, Melaka dan Sg. Buloh, Selangor untuk jangka masa tertentu. Biasanya sehingga 4 minggu. Iyelah, sesekali pulang ke kampung, biarlah lama kan. Lagipun saya bekerja sendiri, hanya perlu memohon ‘cuti’ daripada suami ;-)

Justeru, kaedah baru yang kami maksudkan itu ialah apabila saya berada di Kota Kinabalu, pelanggan di Kota Kinabalu dan sekitarnya akan menerima penghantaran PERCUMA ke rumah/ pejabat anda.

Kemudian apabila saya berada di Telok Mas dan Sg. Buloh, pelanggan di kawasan sekitarnya akan menerima penghantaran PERCUMA ke rumah/ pejabat anda.

Pelanggan yang menetap jauh dari kawasan-kawasan ini pula akan dikenakan bayaran antara RM 3 – RM 8, bergantung kepada jaraknya dan jenis pos (pos biasa/ pos laju).

Sukacita dimaklumkan, InsyaAllah saya akan berada di Kota Kinabalu daripada 4 Jun – 25 Ogos 2011. Manakala daripada 26 Ogos – Oktober 2011 saya akan berada di Melaka/ Selangor. Jadi, rebutlah peluang ini!

(Walaubagaimanapun, ini hanyalah perancangan kami, sesungguhnya Allah jualah yang menentukan segalanya. Sekiranya terdapat sebarang perubahan, kami akan memaklumkan kepada pelanggan yang menghubungi kami)


Wednesday, May 4, 2011

The world is awesome! Subhanallah...




Look it with your eyes
Scan it with your heart
Feel it with your nerves
The world is awesome
Its Creator is Almighty
Subhanallah!

Yes, the world is awesome
Yes, the paradise is so much more astonishing
Which one do you favor?

Let the world be our pathway
To live happily ever after
In the astonishing paradise
Created by Allah
For those who love and obey Him...

In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.
Praise be to Allah, the Cherisher and Sustainer of the worlds;
Most Gracious, Most Merciful;
Master of the Day of Judgment.
Thee do we worship, and Thine aid we seek.
Show us the straight way,
The way of those on whom Thou hast bestowed Thy Grace, those whose (portion) is not wrath, and who go not astray. (al-Fatihah)

Terjemahan Surah Az-Zukhruf, ayat 9-14:

Dan demi sesungguhnya! Jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: Siapakah yang menciptakan langit dan bumi? Sudah tentu mereka akan menjawab: Yang menciptakannya ialah Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui. (9)

(Dialah Tuhan) yang telah menjadikan bumi bagi kamu sebagai hamparan dan Ia telah mengadakan bagi kamu di bumi jalan-jalan lalu-lalang, supaya kamu mendapat petunjuk (ke arah yang dituju). (10)

Dan (Dialah) yang menurunkan hujan dari langit menurut sukatan yang tertentu, lalu Kami hidupkan dengan hujan itu negeri yang kering tandus tanahnya. Sedemikian itulah pula kamu akan dikeluarkan (hidup semula dari kubur). (11)

Dan (Dialah) yang menciptakan sekalian makhluk yang berbagai jenisnya dan Ia mengadakan bagi kamu kapal-kapal dan binatang ternak yang kamu dapat mengenderainya, (12)

Supaya kamu duduk tetap di atasnya; kemudian kamu mengingati nikmat Tuhan kamu apabila kamu duduk tetap di atasnya, serta kamu (bersyukur dengan) mengucapkan: Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya. (13)

Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali! (14)




Friday, April 8, 2011

Buku : Indahnya Hidup Bersyariat


Judul : Indahnya Hidup Bersyariat

Penulis : Dato’ Ismail Kamus & Mohd Azrul Azlen Ab. Hamid

Harga pasaran : RM55.00 (Sem. M’sia)/ RM58 (Sabah&Sarawak)


Isi buku INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT ini merupakan panduan untuk diri sendiri (fardu ain), seisi keluarga, masyarakat dan umat sejagat (fardu kifayah). Ia merangkumi syariat ketika kelahiran, fardu ain kanak-kanak, penekanan pendidikan remaja, hukum-hakam muamalat (jual beli), munakahat (nikah kahwin dan rumah tangga) serta amalan zikir, doa dan adab. Semua ilmu bersumberkan al-Quran dan hadis sahih. Teknik penyampaian buku ini ringkas dan tepat dalam bentuk carta, jadual dan rajah.

Semua doa, bacaan dan zikir boleh dibaca dan dihafal dengan mudah. Langkah amalan disampaikan mengikut turutan step by step. Media fotografi warna penuh digunakan untuk menunjukkan perkara yang realistik. Buku ini seharusnya menjadi kewajipan untuk dimiliki oleh setiap rumah, pusat sumber, sekolah dan individu.


Kandungan buku


Bab 1: Syariat Kelahiran

Bab 2: Pendidikan Awal Kanak-kanak

Bab 3: Syariat Berkaitan Remaja

Bab 4: Fardhu Ain Asas

· Bersuci

· Solat

· Solat Berjemaah

· Puasa

· Zakat

· Haji

· Umrah

· Sembelihan

· Korban

Bab 5: Munakahat (Hukum Perkahwinan)

Bab 6: Syariat dalam Bermasyarakat

Bab 7: Syariat Sunat Harian Sepanjang Masa

· Membaca Al-Quran

· Istighfar

· Berselawat

· Berdoa

· Zikir

· Amalan-amalan sunat mengikut takwim Islam


Sila klik PAKEJ-PAKEJ PROMOSI untuk baca tentang Kos Penghantaran.

Kembali ke HALAMAN UTAMA atau lihat BUKU, CD, VCD TERPILIH atau layari www.stormreaders.net/ummuamir untuk lihat buku-buku lain dalam stok.

Buku: Diari Hamil



Judul : Panduan Lengkap Kehamilan - Diari Hamil

Penulis : Khairun Nisa Zakaria, Muhd. Mawardi Zakaria & Khulwana Hanapi

Harga pasaran : RM26.00 (Sem. M’sia)/ RM29 (Sabah&Sarawak)


DIARI HAMIL ini disusun untuk kegunaan dan rujukan ibu dan bakal ibu sepanjang tempoh mengandung orang baru yang bakal lahir. Semua orang mengimpikan cahaya mata yang sempurna dan soleh atau solehah. Sebagaimana Allah merancang, anda juga perlu merancang sebuah kelahiran yang cemerlang. Gunakanlah buku ini.


Bagaimana menggunakan buku ini?

  1. Buku ini merupakan panduan lengkap kepada bakal ibu. Mendedahkan perkembangan semasa bayi serta ibu sepanjang kehamilan.

  1. Panduan berguna bagi melancarkan aktiviti ibu semasa hamil dan menyediakan diri selepas proses bersalin.

  1. Turut memuatkan tip-tip yang berguna kepada suami dan bakal bapa untuk kesejahteraan isteri dan bayi.

  1. Hadiah kepada isteri tersayang.

  1. Khazanah kenangan paling berharga buat seisi keluarga yang boleh disimpan sebagai koleksi peribadi.


Petikan dari Buku

Info Syariah

Antara amalan yang dianjurkan untuk ibu yang hamil ialah berzikir mengingati Allah SWT serta memperbanyakkan membaca Al-Quran. Kerana dengan amalan tersebut boleh memberi ketenangan pada jiwa dan memberi kesan yang positif kepada bayi dalam kandungan. Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Ra’d, ayat 28:

Maksudnya: Orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenang dengan mengingati Allah. Ketahuilah hanya dengan mengingati Allah, hati menjadi tenang.”

Antara petua-petua yang biasa diamalkan oleh ibu mengandung adalah membaca Surah-surah pilihan iaitu:

  • Surah Yusuf - untuk memohon anak yang cantik rupa dan akhlak.

  • Surah Luqman - untuk memohon anak yang cerdik.

  • Surah Maryam - untuk memudahkan bersalin.

  • Surah Yassin - untuk memohon anak yang teguh hati dan tidak terpengaruh dengan maksiat.

  • Surah al-Hujurat - untuk membanyakkan susu ibu.

Perkembangan Bayi dalam Kandungan pada Trimester Pertama (0-12 Minggu)

Trimester pertama kehamilan merupakan peringkat yang sangat penting bagi bayi anda. Ini kerana, trimester ini merupakan satu peringkat di mana pembentukan tisu, organ dan anggota badan bayi berlaku.

Kehamilan anda pada peringkat ini sangat mudah terdedah kepada jangkitan kuman, kecacatan fizikal dan mental janin. Risiko keguguran juga sangat besar sekiranya langkah waspada tidak diambil.


Dapatkan banyak lagi info dan tips perkara-perkara yang patut diamalkan dan ditinggalkan oleh ibu-ibu hamil melalui buku Diari Hamil.



Sila klik PAKEJ-PAKEJ PROMOSI untuk baca tentang Kos Penghantaran.

Kembali ke HALAMAN UTAMA atau lihat BUKU, CD, VCD TERPILIH atau layari www.stormreaders.net/ummuamir untuk lihat buku-buku lain dalam stok.

PROMOSI PAKEJ MENYAMBUT KELAHIRAN BAYI




“Abang, belakang badan Balqis ni rasa sakitlah. Tolong urut sikit boleh?” Rayu Balqis kepada suaminya yang masih di atas tikar sejadah.

Renungan mata Balqis yang redup itu mengundang simpati Haziq. Lantas dengan lemah-lembut dia mengurut belakang badan isterinya yang sudah pun meletakkan kepalanya di atas riba Arif. Telekungnya pun tidak sempat ditanggalkan selepas mereka bersama-sama menunaikan solat Subuh berjemaah.

“Sakit benar isteriku ini agaknya,” bisik hati kecil Arif.

Wajah ayu isterinya direnung dengan penuh kasih-sayang.

“Kita pergi ke klinik, ya. Dah seminggu Balqis begini, lemah-lemah badan, selalu pening kepala, selera makan pun berkurang. Risau pula abang. Sekarang ni kes denggi semakin menjadi-jadi,” pujuk Arif.

Dia pernah memujuk isterinya untuk pergi ke klinik sebelum ini tetapi Balqis berkeras tidak mahu pergi. Pelbagai alasan diberikan. Namun, sebagai suami, Arif tahu sangat isterinya itu sebenarnya takut untuk memakan ubat. Tetapi kali ini Balqis mengangguk-anggukkan kepala, tanda bersetuju. Lebih-lebih lagi apabila mengenangkan masih banyak kertas jawapan peperiksaan anak muridnya yang belum bertanda, cuti sekolah pula semakin menghampiri hujungnya.

Di klinik

Dr. Sumayyah tersenyum memandang pasangan suami-isteri yang duduk di hadapannya.

“Tahniah, Puan Balqis dan Encik Arif. InsyaAllah, kalian bakal bergelar ibu dan bapa dalam masa 8 bulan lagi,” tutur Dr. Safiyyah lembut sambil menunjukkan sekeping kertas berbentuk 4 segi panjang.

Tergamam Balqis dan Arif mendengarnya.

Dr. Safiyyah menyambung lagi bicaranya, “Kalau ikut kiraan dari tarikh akhir puan period, sekarang ini InsyaAllah puan sudah mengandung 6-7 minggu.”

“Alhamdulillah…” Hanya itu yang mampu diucapkan oleh Balqis dan Arif.

Penantian dan doa mereka selama 4 tahun ini bagi menimang cahaya mata bakal dikabulkan oleh Allah SWT. Titis-titis air mata gembira mula menuruni kelopak mata Balqis dan Arif.

`````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````

Rasanya ramai yang melalui saat-saat kejutan seperti itu ketika kali pertama disahkan mengandung. Ada yang cepat dan ada yang sedikit lambat dikurniakan cahaya mata, permata hati. Semuanya sudah ditentukan oleh Allah SWT...

Dalam kesibukan membeli persiapan bayi, merancang masa depan keluarga dengan kehadiran cahaya mata kelak serta mungkin juga tertanya-tanya seperti siapakah wajah bayi yang bakal lahir itu nanti, sudahkah kita mempersiapkan diri untuk mendidik permata hati yang bakal lahir itu? Seawal bilakah proses pendidikan itu boleh dilakukan? Apakah perkara penting yang perlu dilakukan tatkala MENYEMBUT KELAHIRAN BAYI?

Justeru itu, kami menawarkan kepada sahabat-sahabat sekalian buku-buku yang PADAT DENGAN PANDUAN HIDUP INSAN DEMI MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT…


Buku-buku dalam pakej ini

Sila klik pada gambar untuk keterangan lanjut tentang buku-buku tersebut.


Judul: Panduan Lengkap Kehamilan - Diari Hamil

Penulis: Khairun Nisa Zakaria, Muhd. Mawardi Zakaria & Khulwana Hanapi

Harga pasaran: RM26 (Semenanjung Malaysia)/ RM29 (Sabah&Sarawak)

Harga pakej: RM24.50 (Malaysia, Brunei, Singapore dan lain-lain)



Judul: Indahnya Hidup Bersyariat

Penulis: Dato’ Ismail Kamus & Mohd Azrul Azlen Ab. Hamid

Harga pasaran: RM55 (Semenanjung Malaysia)/ RM58 (Sabah&Sarawak)

Harga pakej: RM53.50 (Malaysia, Brunei, Singapore dan lain-lain)



Kos penghantaran:

Kebiasaannya, apa-apa sahaja barang yang dihantar melalui pos dikira harganya mengikut berat, contohnya 0-2kg dicas RM8, manakala bagi berat
2.1-3kg dikira RM9 bagi Semenanjung Malaysia.

Seperti ramai yang sedia maklum, kos penghantaran ke Sabah & Sarawak adalah lebih tinggi memandangkan perlu menggunakan pengangkutan udara. Casnya adalah seperti berikut; bagi berat 0-0.5kg berharga RM10,
0.6-1kg berharga RM11.50 dan 1.1-1.5kg berharga RM13.

Mahalkan? Sebab itulah kami ingin membantu sahabat-sahabat dengan membayar sebahagian daripada kos penghantaran itu. Cuma di pihak sahabat-sahabat, kami pohon, doakanlah semoga Allah SWT sentiasa membimbing kami ke jalan yang benar, bahagia dan selamat dunia akhirat…

So, bagi keempat-empat buah buku dalam pakej ini,

Kos penghantaran sebenar: RM8 bagi Semenanjung Malaysia dan

RM13 bagi Sabah & Sarawak

Kos penghantaran selepas potongan: RM4 bagi Semenanjung Malaysia dan

RM7 bagi Sabah & Sarawak

Jumlah yang perlu dibayar oleh sahabat-sahabat untuk memiliki 4 buah buku yang padat dengan informasi dan tips-tips keluarga bahagia dalam pakej ini ialah:

RM24.50 + RM53.50 + kos penghantaran = RM78 + (RM4 atau RM7)

Jumlah perlu dibayar: RM82 (Semenanjung Malaysia) dan RM85 (Sabah & Sarawak)




Siapa patut miliki buku-buku ini?








Sudah ada salah sebuah buku dalam pakej ini?

Kalau sudah ada salah sebuah buku dalam pakej ini, apa kata kalau beli pakej ini dan buku yang sudah ada itu sahabat-sahabat....



Beli sekarang!

Mudah saja untuk memiliki buku-buku dalam pakej ini, hanya buat 3 langkah berikut:

1. Tempah dengan SMS ke 013-3372701 atau emelkan kepada salwafendi8382@gmail.com. Pihak kami akan semak samada buku-buku tersebut ada dalam stok atau tidak.

2. Buat pembayaran ke akaun bank kami.

3. Tunggu buku-buku sampai!


PERHATIAN: INSYAALLAH, WANG AKAN DIKEMBALIKAN JIKA BUKU-BUKU TIDAK SAMPAI DALAM MASA SEBULAN. INI KOMITMEN KAMI…


Tawaran Istimewa untuk Para Guru!

Apabila cikgu-cikgu sekalian membeli mana-mana satu antara PAKEJ-PAKEJ PROMOSI kami, SEKOLAH tempat cikgu-cikgu mengajar layak menerima baucer buku yang bernilai RM30 yang hanya boleh ditukarkan dengan buku.

Buku tersebut bolehlah dipilih sendiri di kedai online kami iaitu www.stormreaders.net/abuamir .

Cikgu-cikgu sekalian BERTANGGUNGJAWAB MENYERAHKAN BUKU TERSEBUT KE PERPUSTAKAAN SEKOLAH.

Tawaran terbuka kepada 20 orang sahaja/ selagi stok masih ada.

Mudah-mudahan usaha kita untuk menyebarkan ilmu akan diberkati Allah... Aminn...



Jom lihat PAKEJ-PAKEJ PROMOSI yang lain.

Kembali ke HALAMAN UTAMA atau lihat BUKU, CD, VCD TERPILIH atau layari www.stormreaders.net/ummuamir untuk lihat buku-buku lain dalam stok.

Wednesday, April 6, 2011

Ya Allah, banyaknya jenayah sekarang ini... Peliharalah kami...

Innalillahi wa inna ilaihi rojiun… Lepas satu per satu jenayah berlaku di Malaysia, tidak pernah reda. Itu belum diintai ke negara-negara lain lagi.

Kalau tidak silap, semasa saya di Darjah 3, Malaysia digemparkan dengan pembunuhan kejam seorang yang bergelar ‘Datuk’. Tubuhnya dikerat-kerat kepada beberapa belas bahagian dipercayai angkara perbuatan bomoh.

Semasa adik bongsu saya, Najmi berusia 6 tahun, berita kehilangan adik Nurin, Sharlene dan beberapa orang lagi membuatkan hati saya risau memikirkan keselamatannya memandangkan dia seorang yang aktif dan berani pergi ke kedai sendirian walaupun dihalang. Berita kehilangan kanak-kanak malang tersebut sedikit sebanyak mampu menimbulkan sedikit rasa takut hatinya dan sikap berjaga-jaga.

Ketika saya bekerja di KL, pelbagai kes-kes menakutkan yang didengar. Rogol, culik, orang berpura-pura ditimpa masalah di tengah jalan, orang sengaja melanggar kereta di jalanraya dengan tujuan untuk melarikan kenderaan dan sebagainya. Pada waktu itu saya selalu balik ke rumah sewa di Ampang selepas masuk waktu Isyak atas tuntutan kerja. Sebelum memiliki kereta, saya menggunakan LRT.

Hanya Allah yang tahu betapa seramnya saya ketika itu apabila terpaksa melalui lorong yang sunyi dan terpencil seorang diri pada waktu malam. Untuk meminta housemate menunggu di LRT, saya tidak sampai hati memandangkan masing-masing sibuk dengan kerja dan waktu pulang tidak menentu. So, saya gagahkan juga kaki melangkah. Memang ramai yang turun dari LRT tapi yang menggunakan lorong yang saya lalui itu tidak ramai. Kalau ada orang pun, dia sudah ke depan. Semuanya berjalan sepantas mungkin. Saat itu pengharapan hanya kepada Allah SWT. Ayat Kursi saya baca sebanyak mungkin. Pesan ustaz-ustazah, apabila kita berdoa kepada Allah SWT dan membaca ayat-ayat Al-Quran, hati kita hendaklah yakin dengan perlindungan-Nya. Di tangan pula saya sediakan payung ataupun fail tebal sebagai senjata fizikal sekiranya ada yang berniat jahat.

Itulah juga yang saya lakukan apabila saya terpaksa menaiki teksi menuju ke KL Sentral seorang diri sebelum menuju ke KLIA atas tuntutan kerja. Bayangkanlah entah siapa pemandu teksi yang dihantar oleh syarikat perkhidmatan teksi. Entahkan jahat, entahkan baik. Sedangkan orang yang dikenali baik pun belum tentu baik ketika kesempatan melakukan kejahatan tersedia di depan mata. Alhamdulillah tidak pernah berlaku kejadian yang tidak diingini. Itulah kuasa pengharapan dan kepercayaan kepada Allah SWT...

Saya yakin di luar sana ramai sahabat-sahabat yang terpaksa berdepan dengan situasi yang menakutkan setiap hari. Amalkanlah membaca ayat Kursi dan ayat-ayat Al-Quran yang lain jika ada menghafalnya sebagai pendiding. Disamping itu, elakkanlah diri daripada menjadi mangsa penjenayah-penjenayah berhati busuk dengan berpakaian menutup aurat, mempamirkan perhiasan berlebih-lebihan, elakkan berjalan seorang diri dan sebagainya. Usaha, berdoa dan tawakkal kepada Allah. Ketiga-tiga elemen ini saling berkaitan dan sama-samalah kita jadikannya amalan dalam kehidupan.

Syukur juga saya tidak perlu melalui semua itu lagi... Syukur juga di Sabah ini kejadian-kejadian jenayah seperti di KL belum menular lagi. Kehidupan di sini lebih tenang setakat ini.

Baru-baru ini timbul pula kes simbahan asid oleh penunggang motorsikal yang tidak dikenali, sehingga berbelas-belas kes berlaku di sekitar KL. Gerun saya mendengarnya. Itu belum dikira lagi jenayah buang bayi, rogol dan sebagainya yang berlaku tanpa bermusim. Nau’zubillahi min zalik... Semoga Allah SWT pelihara keluarga dan keturunan kita daripada perkara-perkara seperti itu. Amin..

Cuba kita renungkan, mungkinkah semua jenayah-jenayah ini merupakan harga yang perlu dibayar bagi sebuah pembangunan? Wallahua’lam...

Di sini saya ingin kongsikan sebuah artikel menarik tulisan Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman yang boleh dibaca di link ini: http://www.zaharuddin.net/rumahtangga-&-keluarga/897-ulama-a-penjenayah-dibentuk-dari-rumah--fikirkan-wahai-ibubapa.html

Ulama & Penjenayah Dibentuk Dari Rumah : Fikirkan Wahai Ibubapa

Tolong Fikirkan Wahai Ibubapa

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net



Minggu lalu, ketika menjamah makanan makan malam di sebuah restoran semasa dalam perjalanan ke airport, rakan-rakan yang bersama menghantar saya berbicara berkenaan pelbagai isu. Hj Rosman kemudian menzahirkan kebimbangan beliau berkenaan kes jenayah yang wujud di Malaysia. Kes-kes sedemikian agak kurang berlaku di Bahrain.

Natijah dari kebimbangan tersebut, beliau bertanya

"pada pandangan ustaz, macam mana cara untuk selesaikan masalah ini"

Saya berfikir sejenak, sudah tentulah jawapan paling mudah bagi seorang ustaz adalah berkata

"kita kena kembali kepada Islam"

Tetapi disebabkan jawapan itu terlalu umum, maka saya mengambil keputusan untuk tidak memberikan idea itu.

"Ia perlukan penyelesaian secara kolektif, semua pihak perlu ada kesedaran untuk merubah keadaan" demikian jawapan permulaan saya.

"Namun yang paling utama perlu berperanan, adalah ibu bapa atau keluarga"

Saya mengulang kembali ingatan sedih dan pedih kita kepada kes Al-Marhumah Nurin Jazlin yang dibunuh kejam dan masih gagal diselesaikan oleh pihak berkuasa Malaysia sehingga kini.

"Bukankah Nurin dibunuh oleh seorang manusia?, sudah tentunya manusia ini dilahirkan ke dunia oleh seorang ibu dan pastinya dia punyai bapa dan keluarga"

"Namun apakah yang menjadikannya sebegitu kejam?" saya menrang sambil mengajak berfikir.

Memang benar, pelbagai faktor menyumbang, namun bagi saya ia bermula dari hasil didikan pertama ibubapa, sesuai dengan apa yang disabdakan oleh nabi s.a.w

"Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (tidak mempersekutukan Allah) tetapi orang tuanya lah yang menjadikan dia seorang yahudi atau nasrani atau majusi. Sebagaimana seekor binatang yang melahirkan seekor anak tanpa cacat, apakah kamu merasakan terdapat yang terpotong hidungnya? (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

Sudah tentu juga ibubapa yang berperanan untuk mencorakkan seorang bayi sehingga menjadi seorang Muslim, mukmin yang bertaqwa.

Kita tidak nafikan faktor persekitaran yang sentiasa menghurungi anak-anak kita khususnya di sekolah, melalui internet, rakan-rakan, games, TV dan lainnya.

JANGAN DIDIK ANAK SECARA SPONTAN

Namun tidak boleh dinafikan, ibubapa mempunyai saham terbesar. Anak-anak adalah satu tugas terbesar buat ibubapa yang sering diabaikan. Sedangkan mereka semua adalah suatu aset dan ‘pelaburan' terpenting. Namun amat kerap mereka menjadi mangsa kurang teliti, kurang perhatian dan tiada perancangan jitu oleh sang ibubapa.

Akhirnya, sebuah aset yang ditangani secara lebih kurang akan menghasilkan hasil yang bukan lebih kurang juga, tetapi hasil lebih buruk malah membawa padah.

Memang benar, kegagalan merancang pendidikan anak-anak adalah sebuah kegagalan masa depan.

Ramai yang merasakan, pendidikan anak-anak boleh dibuat secara spontan, bergantung kepada hari dan masa. Dalam kata lain, bergantung kepada keadaan.

Hakikatnya, anak tidak boleh dididik secara spontan, ia memerlukan satu pelan perancangan khas untuk menjadikan lebih mudah dibentuk. Mendidik mereka seperti mengendalikan sebuah syarikat awam yang sentiasa memerlukan plan induk, teknik khas, contingency plan dan monitoring system.

Kerana itu kita perlukan seorang Chief Operating Officer (COO) untuk anak-anak. Menurut teori ideal Islam, COO yang paling ideal bagi pendidikan anak-anak adalah seorang IBU. Bapa bertindak sebagai Chief Executive Officer (CEO) yang mana,, ruang lingkup tugasan, peranan dan tanggungjawabnya lebih besar dan menyeluruh.

"Namun apabila hari ini kedua-dua ibubapa sibuk mencari nafkah, aset di rumah terabai dek kerana pendapatan RM 2,000 (purata) atau RM 5,000 sebulan si ibu"

Anak-anak diswastakan kepada nursery yang kurang pengalaman. Kurang penghayatan, kurang sensitiviti dan seumpamanya.

Kita boleh menghantar mereka ke pelbagai jenis kursus dan kem untuk menyuntik sesuatu, namun pokok pangkalnya tetap di atas bahu kita selaku ibubapa. Kalaupun anak telah berubah hasil tarbiyah di dalam kursus, mereka akan tetap melupakan nilai baik tersebut jika ibu bapa masih di takuk lama.

WAHAI IBUBAPA, HORMATI ANAKMU NESCAYA KAMU DIHORMATINYA

"Treat your child with respect" itu saranan Richard Templer, penulis buku parenting yang popular.

Saya amat selesa dengan saranan tersebut, seorang ibubapa yang bijak perlu mengendalikan dan melayan anak-anak mereka dengan penuh penghormatan. Kelak anak-anak akan mencontohi tatacara yang sama.

Biasanya apabila orang dewasa meminta bantuan seorang dewasa yang lain, mereka akan menggunakan bahasa yang sopan. Itu adalah kerana mereka sedar, yang diminta itu tidak mesti untuk membantu, kita perlukan ihsan mereka untuk membantu. Atas sebab itu, kata-kata sopan digunakan, demi memujuk dan mearih ihsan.

Bukankah elok jika cara yang sama untuk anak-anak kita, cuba kita jangan merasakan si anak sentiasa WAJIB untuk mematuhi arahan kita. Kelak nanti si anak apabila meminta kepada ibubapanya atau orang lain, dirasakan mereka semua wajib menurut arahannya.

Si anak juga kerap meminta ibubapanya, mainan itu dan ini. Namun sedikit yang diperolehi.

Maka si anak akan menghadapi kekeliruan.

"ibubapa minta, semua aku kena buat, aku minta, ibubapa tak buat semua pulak"

Lebih teruk dari itu, arahan dari ibubapa kerap dihamburkan dengan kata-kata perintah tanpa hormat dan pujukan serta ihsan. Contohnya:

"makan tu"

"Habiskan ini!"

"Pergi mandi!"

"Cepat masuk kereta!"

"Gosok gigi!"

"Kenapa sepah sangat ni, cepat bersihkan!"

"Heiii, kenapa buat macam tu!"

Itulah yang kerap dilaungkan oleh ibubapa, memekik melolong setiap pagi dan petang serta malam.

Setiap hari anak akan mendengar lolongan kuat menerjah telinga dan hatinya. Kalimah-kaalimah arahan dan larangan sebegitu sudah terlalu biasa, lali hingga ia menjadi masak dan sebati dek pemikiran dan hatinya.

Pada masa yang sama, kita akan dengar kedapatan ibubapa yang mengeluh kerana anaknya kurang beradab ketika remaja dan dewasa. Sedarkah bahawa si anak sebenarnya telah ‘berjaya'. Ya berjaya dalam mencontohi model yang diterapkan oleh ibubapanya sendiri. Namun kini ibubapa merasa sedih dan tidak selesa. Sedarkah ibubapa bahawa si anak yang dibesarkan sedemikian rupa menyangka itulah cara arahan dan permintaan yang terbaik. Bukankah itu yang ditunjukkan oleh ibubapa mereka?.

Justeru, lebih kasar sang ibubapa terhadap anaknya, akan kasar jualah anak terhadap ibubapanya dan orang lain, khususnya di ketika remaja dan dewasa. Malah lebih mendukacitakan, itulah cara yang akan dibawa ke sekolah, mempengaruhi kawan-kawan dan akhirnya menjadi penjenayah yang merasakan tindakannya ‘ok' atau tidak bersalah. Puncanya dari cara didikan dan layanan ibubapa yang kasar.

Patut kita sedari di awal bulan hijrah 1431 ini, bahwa anak layak mendapat sebuah penghormatan, semudah-mudah penghormatan adalah dengan memilih ayat dan kata-kata yang manis didengari, intonasi yang sedap didengar. Cuba tambah sikit sahaja sebagai contoh

"boleh tolong ibu ambilkan barang itu"

"Adik baikkan, tolong ummi kemaskan meja ini boleh?"

Dan pelbagai lagi bentuk ayat yang serupa dengannya.

Di samping itu, jangan sesekali memungkiri janji,, membohongi anak dan lain-lain kelakuan negaitf. Selain anak akan mengambil contoh, mereka juga akan merasa kurang penting berbanding yang lain.

TUNJUKKAN PERHARGAAN TERHADAPNYA

Juga menjadi kebiasaan ibubapa hari ini. Bangun sahaja anak dari tidur dan terus dia menghala ke dapur.

Ibu yang terlihat anak, ayat pertamanya :

"hah apa lagi tu, dah gosok gigi, pergi basuh muka dan gosok gigi!"

"Lepas tu pergi buat itu ini bla la bla"

"Mak boleh tolong angah buat kerja ini tak" pinta si anak lembut

"Ehhh nanti-nanti!, mak tengah sibuk goreng ayam ini" mungkin itu jawapan si ibu.

Terasa dalam hati si anak, dirinya ibarat tidak berharga, kemunculannya hanya bersedia untuk diarah dan ditengking.

Permintaan tidak banyak erti buat si ibu, ‘gorengan ayam lebih utama dari perminataannya.

Malah ketika pulang dari sekolah juga, ibubapa tidak menyambut tetapi dibiarkan anak begitu sahaja.

Tahap si anak ibarat sebuah perabot buruk dan pekakas rumah sahaja. Wujudnya tidak disedari, hilangnya tidak diendah.

Pastinya, anak akan menyimpan itu sebagai standard kehidupan. Nanti kelak itu jugalah yang diperlakukan di masa hadapan.

Kalau ada perhatian dari ibubapa, mungkin hanya perintah demi perintah, larangan demi larangan sahaja.

Justeru, sudah sampai masa kita mengubahnya, kita berhijrah.

Sedarilah bahawa, tatkala kita sedang melakukan tugasan harian di rumah, mengemas baju, memasak dan sebagainya, tatkala anak muncul, anak punyai priority yang lebih tinggi. Jangan dijadikan alasan, tengah buat kerja, basuh baju, gosok baju, jahit baju dan lainnya, kerana tatkala anak muncul, itulah kerja yang paling besar keutamaannya untuk dipenuhi.

Tunjukkan rasa seronok dan gembira kita selaku ibubapa ketika melihatnya, sewaktu pulang dari sekolah (atau sewaktu kita pulang dari kerja), melihatnya di awal pagi dan berpisah dengannya ketika waktu malam untuk tidur. Ia boleh dilakukan dengan ucapan-ucapan yang baik, atau sedikit pelukan dan sentuhan tanda mereka penting buat kita.

KESIMPULAN

Semoga dengan sedikit peringatan untuk diri ini, kita semua mampu berubah menjadi ibubapa yang berperancangan dan memperbaiki pendidikan anak-anak.

Kerana anak-anak itulah kelak bakal menjadi sama ada Imam besar, Pemimpin Negara, Ulama Besar, atau sebaliknya menjadi perompak terulung, penjenayah bersiri dan pengkorup unggul. Nauzubillah.

Perbaikilah masyarakat kita melalui kesedaran peranan ibubapa. Jenayah hakikatnya bermula dari rumah dan perlu ditangani bermula di rumah juga.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

4 Muharram 1431 H

21 Disember 2009

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...