Wednesday, March 30, 2011

Ucapan salam yang tidak perlu dijawab


Alhamdulillah Astro Oasis banyak memberi manfaat kepada kami sekeluarga. Amir Solihin pun suka suka menonton segmen “Indahnya Iman” yang memaparkan video-video klip zikrullah berserta latar-belakang yang memperlihatkan Kekuasaan dan Keagungan Allah SWT yang menciptakan ala mini dengan begitu indah sekali.

Selain itu, slot “Bicara Kifayah” yang dikendalikan oleh ulamak tersohor di Malaysia iaitu Ust. Dato’ Abu Hassan Din al-Hafiz juga banyak memberi ilmu berguna.

InsyaAllah kali ini saya ingin berkongsi sedikit pengisian yang disampaikan oleh Ust. Dato’ Abu Hassan Din al-Hafiz pada 4 Februari 2011 lalu berkaitan ucapan salam...

Ada 4 kategori salam yang tidak perlu dijawab:

  1. Salam selepas solat

- Makmum tak perlu jawab salam yg diberi oleh Imam selepas membaca tahiyyat akhir kerana salam itu bukan utk kita, tetapi utk makhluk lain.

- Kalau makmum jawab juga, maka rosaklah solatnya.

  1. Salam daripada org bukan Islam

- Salam yang diberi oleh orang yg diyakini bukan Islam tak perlu jawab kerana ucapan salam khusus utk orang Islam.

  1. Salam yang bertujuan mempermainkan syiar Islam

- Sekarang ni banyak berlaku budak-budak lelaki mengusik gadis-gadis yang berjalan melintasinya.

“Assalamua’laikum… Kalau tak jawab berdosa…”

- Jelas sekali ini mempermainkan syiar Islam, maka tak perlu dijawab oleh gadis-gadis itu.

  1. Salam yg diberi selepas diucapkan perkataan lain

- Kadang-kadang dalam majlis, orang yang berucap itu mendahulukan ucapan/ perkataan lain sebelum salam, contohnya seperti berpantun, etc. Salam orang ini tak perlu dijawab.

- Kalau ikut video yang ditayangkan, boleh membaca Basmallah & Selawat dulu sebelum memberi salam.

Ucapan salam yang terbaik adalah “Assalamua’laikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh”. Terdapat juga orang yang menambah perkataan “taala” dalam salamnya menjadikannya “Assalamua’laikum wa Rahmatullahi Taala wa Barakatuh”. Perkara ini tak dibenarkan dalam Islam.

Dalam pada itu, apabila seseorang memberi salam kepada kita, sebaik-baiknya hendaklah kita menjawabnya dengan ucapan yang lebih baik.

Contohnya, seseorang berkata, “Assalamua’laikum wa rahmatullah.”

Eloklah kita menjawabnya dengan “Waa’laikummussalam wa rahmatullahi wa barakatuh.”

Cukuplah setakat ini dulu. InsyaAllah kalau ada rezeki dan kelapangan, akan kita kongsikan lagi ilmu di sini. Wallahua’lam…

p/s: Diharapkan pengisian ini memberi manfaat kepada kita semua. Sekiranya ada kesilapan, mohon teguran daripada sahabat-sahabat semua.


Kembali ke HALAMAN UTAMA


Buku: Panduan Keluarga Bahagia & Diredhai

Keluarga adalah amanah Allah. Bagaimana seseorang suami atau isteri dapat mencorakkan seisi keluarga dengan cara yang paling berkesan. Hayatilah isi kandungan rakaman ini yang memuatkan 9 petua membentuk rumahtangga bahagia lagi diberkati.

Judul: Panduan Keluarga Bahagia & Diredhai

Penulis: Ustazah Dato’ Siti Nor Bahyah Mahamood

Harga pasaran: RM13.50 (Semenanjung Malaysia)/ RM15.50 (Sabah&Sarawak)



Sila klik PAKEJ-PAKEJ PROMOSI untuk baca tentang Kos Penghantaran.


Kembali ke HALAMAN UTAMA atau lihat BUKU, CD, VCD TERPILIH atau layari www.stormreaders.net/ummuamir untuk lihat buku-buku lain dalam stok.

Buku : Menempuh Gerbang Perkahwinan


Buku DOA MENJADI PENGANTIN BARU SETIAP HARI ini mengimbau kembali keindahan suasana perhubungan suami isteri ketika usia muda agar setiap ketika hubungan anda dengan suami / isteri bagaikan pengantin yang baru diijabkabulkan.


Antara doa-doa yang dimaksudkan ialah mohon keteguhan iman, menanam kasih sayang suami isteri, mohon keselamatan, mohon agar mendapat zuriat yang soleh, diberi kesabaran dan kekuatan, dilindungkan tempat kediaman, mengelak daripada jiran yang jahat, menenangkan diri dalam keadaan panas baran, marah dan musibah, berlindung daripada gangguan syaitan, berdoa untuk kesejahteraan anak-anak, mengelak kecurangan suami atau isteri, mohon murah rezeki dan mengelakkan bebanan hutang, mengelakkan kehinaan serta bala bencana dan bagaimana menangani stres. Bagi setiap doa diterangkan kaifiat, rahsia, cara amalan dan adab-adab yang berkaitan.


Judul: Menempuh Gerbang Perkahwinan

Penulis: Dato’ Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah & Hj. Muhammad Zakaria

Harga pasaran: RM12 (Semenanjung Malaysia)/ RM14 (Sabah&Sarawak)



Sila klik PAKEJ-PAKEJ PROMOSI untuk baca tentang Kos Penghantaran.


Kembali ke HALAMAN UTAMA atau lihat BUKU, CD, VCD TERPILIH atau layari www.stormreaders.net/ummuamir untuk lihat buku-buku lain dalam stok.

Buku : Doa Menjadi Pengantin Baru Setiap Hari



Buku DOA MENJADI PENGANTIN BARU SETIAP HARI ini mengimbau kembali keindahan suasana perhubungan suami isteri ketika usia muda agar setiap ketika hubungan anda dengan suami / isteri bagaikan pengantin yang baru diijabkabulkan.


Antara doa-doa yang dimaksudkan ialah mohon keteguhan iman, menanam kasih sayang suami isteri, mohon keselamatan, mohon agar mendapat zuriat yang soleh, diberi kesabaran dan kekuatan, dilindungkan tempat kediaman, mengelak daripada jiran yang jahat, menenangkan diri dalam keadaan panas baran, marah dan musibah, berlindung daripada gangguan syaitan, berdoa untuk kesejahteraan anak-anak, mengelak kecurangan suami atau isteri, mohon murah rezeki dan mengelakkan bebanan hutang, mengelakkan kehinaan serta bala bencana dan bagaimana menangani stres. Bagi setiap doa diterangkan kaifiat, rahsia, cara amalan dan adab-adab yang berkaitan.


Petikan dari buku


Terjemahan Doa 1 (daripada 50 buah doa):

“Ya Allah, jadikanlah hamba-Mu ini menyintai orang yang beriman dan jadikanlah orang yang beriman menyintaiku.”

Dalam hadith sahih riwayat Muslim, Abu Hurairah r.a. telah memohon Nabi SAW agar berdoa kepada Allah SWT agar memberikan hidayah kepada ibunya supaya memeluk Islam. Dengan doa Nabi SAW yang juga menunjukkan mukjizat baginda, Abu Hurairah telah memeluk Islam.

Kemudian, beliau meminta Nabi SAW berdoa kepada Allah SWT agar dia dan ibunya dicintai oleh sekalian orang-orang beriman. Nabi SAW telah mendoakan untuk mereka dengan doa di atas dengan sedikit penambahan iaitu kalimah wa ummahu (dan ibu Abu Hurairah) selepas kalimah ‘abdaka hadha’. Hasil doa Nabi SAW, setiap orang beriman yang lahir akan merasa cinta apabila mendengar tentang Abu Hurairah. Oleh itu, doa ini boleh digunakan oleh pasangan suami-isteri untuk mengikat serta menyuburkan rasa kasih-sayang.

Rahsia berkasih-sayang suami-isteri:

  1. Ikhlaskan perasaan kasih-sayang kerana Allah SWT.
  1. Menjalin hubungan dengan penuh ketulusan.

Kata Pamela Wilson, “Wives and husbands in satisfying long marriages like one another, enjoy being together and enjoy talking to each other. They enjoy each other physically too.”

  1. Saling menghubungi.

Mengikut kajian oleh Robyn Parker dalam kajiannya yang bertajuk “Why Marriages Last”, beliau mengatakan: “Romance reinforces that sense that there is someone who cares about us, importantly, who makes sure we know it. Romance also creates new memories that become the fabric of the relationship. It creates ‘couple time’

  1. Seimbangkan antara waktu kerja dengan waktu bersama pasangan.

Menurut Klagsburn dalam bukunya Married People: Staying Together in the Age of Divorce, mengatakan: “Happy couples achieved a balance between time together and time apart, and that finding such a balance contributed to the sense of intimacy and satisfaction with the marriage.”

  1. Lihat aspek yang positif pada pasangan.

Menurut Pamela Wilson dalam artikel How Romantic, dia menegaskan: “Looking for the positives in one another, instead of the faults, is one way couples can keep the romance alive.”

  1. Mengambil berat hal pasangan.

Menurut Pamela Wilson lagi: “We are intensely curios about the other person’s life and how the day was. As time goes on, we tend to stop doing that. And that can lead to emotional distances.”

Lebih utama daripada cadangan-cadangan di atas, banyakkanlah berdoa agar pertautan hati yang sedia terjalin itu berkelalan dalam kebaikan dunia dan akhirat.

Dapatkan doa dan tips ini serta banyak lagi dalam buku Doa Menjadi Pengantin Baru Setiap Hari.


Judul: Doa Menjadi Pengantin Baru Setiap Hari

Penulis: Ustaz Zahazan Mohamed & Mohd. Azrul Azlen Abdul Hamid

Harga pasaran: RM12 (Semenanjung Malaysia)/ RM14 (Sabah&Sarawak)



Sila klik PAKEJ-PAKEJ PROMOSI untuk baca tentang Kos Penghantaran.


Kembali ke HALAMAN UTAMA atau lihat BUKU, CD, VCD TERPILIH atau layari www.stormreaders.net/ummuamir untuk lihat buku-buku lain dalam stok.

BUKU, CD, VCD TERPILIH

Sila klik pada gambar untuk baca keterangan buku.


Terkini...









Akan datang...











Kembali ke HALAMAN UTAMA atau lagi tentang PAKEJ-PAKEJ PROMOSI atau llihat BUKU, CD, VCD TERPILIH atau layari www.stormreaders.net/ummuamir untuk lihat buku-buku lain dalam stok.


Sila klik PAKEJ-PAKEJ PROMOSI untuk baca tentang Kos Penghantaran.


Kembali ke HALAMAN UTAMA atau lihat BUKU, CD, VCD TERPILIH atau layari www.stormreaders.net/ummuamir untuk lihat buku-buku lain dalam stok.

Tuesday, March 15, 2011

PAKEJ-PAKEJ PROMOSI

Tarikh kemaskini : 08/04/2011

Sahabat-sahabat nak beli buku tapi…

  • tak tahu buku apa yang menarik?

  • tiada masa untuk ke kedai buku?

  • mahu buku dihantar terus ke rumah/ pejabat tapi dengan harga yang berpatutan.


InsyaAllah, kami bersedia memberikan perkhidmatan di atas untuk sahabat-sahabat semua melalui PAKEJ-PAKEJ PROMOSI.

InsyaAllah, dalam PAKEJ-PAKEJ PROMOSI ini kami akan memasukkan buku-buku menarik yang patut dibaca oleh sahabat-sahabat semua bagi menambah ilmu dan kabaikan dalam kehidupan.

InsyaAllah, PAKEJ-PAKEJ PROMOSI yang sedang dan bakal kami sediakan adalah seperti berikut:

(sila klik pada nama pakej untuk lihat senarai buku dan kos penghantaran)

  • PAKEJ MENCONTOHIMU, YA RASULULLAH SAW

(akan datang)

  • PAKEJ MENGENALI TOKOH-TOKOH TAULADAN

(akan datang)

  • PAKEJ PEKA ISU SEMASA

(akan datang)


  • Lain-lain yang akan diberitahu kelak



Kos penghantaran


Kebiasaannya, apa-apa sahaja barang yang dihantar melalui pos dikira harganya mengikut berat, contohnya 0-2kg dicas RM8, manakala bagi berat 2.1-3kg dikira RM9 bagi Semenanjung Malaysia.

Seperti ramai yang sedia maklum, kos penghantaran ke Sabah & Sarawak adalah lebih tinggi memandangkan perlu menggunakan pengangkutan udara. Casnya adalah seperti berikut; bagi berat 0-0.5kg berharga RM10, 0.6-1kg berharga RM11.50 dan 1.1-1.5kg berharga RM13.

Mahalkan? Sebab itulah kami ingin membantu sahabat-sahabat dengan membayarkan sebahagian daripada kos penghantaran itu. Cuma di pihak sahabat-sahabat, kami pohon, doakanlah semoga Allah SWT sentiasa membimbing kami ke jalan yang benar, bahagia dan selamat dunia akhirat…

Oh ya, lupa pula hendak beritahu. Untuk pengetahuan sahabat-sahabat, sebahagian buku-buku dalam pakej-pakej ini dibeli dari Syarikat Stormreaders manakala sebahagian yang lain dibeli terus dari Syarikat PTS.

Bagi buku-buku yang dibeli dari Syarikat Stormreaders, penghantarannya akan dibuat oleh pihak syarikat, terus dihantar dari pejabat orperasinya yang terletak berhampiran Damansara Damai. Oleh itu, walaupun saya sebagai penjual tinggal di Kota Kinabalu, kos penghantaran untuk ke Sabah & Sarawak adalah lebih mahal berbanding kos penghantaran ke Semenanjung Malaysia (kerana kos penghantaran bukan dilakukan dari Sabah).

Sementara itu, bagi buku-buku yang dibeli terus dari Syarikat PTS, pihak kami yang akan menguruskan penghantarannya. Justeru, InsyaAllah kos penghantaran ke Semenanjung Malaysia, Sabah & Sarawak akan disamaratakan.

Jadi, apa tunggu lagi? Jom beli buku-buku menarik dan padat dengan informasi bermanfaat!

Sila klik pada nama pakej untuk lihat senarai buku dan kos penghantaran!

  • PAKEJ MENCONTOHIMU, YA RASULULLAH SAW

(akan datang)

  • PAKEJ MENGENALI TOKOH-TOKOH TAULADAN

(akan datang)


  • PAKEJ PEKA ISU SEMASA

(akan datang)


  • Lain-lain yang akan diberitahu kelak


Kembali ke HALAMAN UTAMA atau lihat BUKU, CD, VCD TERPILIH atau layari www.stormreaders.net/ummuamir untuk lihat buku-buku lain dalam stok.

Thursday, March 10, 2011

Buku: Aku Terima Nikahnya


Buku ini merupakan terjemahan jalur pengalaman penulis dari sebelum berkahwin, kemudian mendirikan rumah tangga, seterusnya mempunyai anak.

Amat sesuai dijadikan rujukan bagi pasangan yang belum, sedang dan telah berumah tangga.

Buku 'Edisi Istimewa' Aku Terima Nikahnya merupakan Kompilasi dari 3(tiga) buah buku best sellers, iaitu Aku Terima Nikahnya, Bercinta Sampai ke Syurga, dan Murabbi Cinta 3 dalam 1. Buku keluaran Galeri Ilmu Sdn. Bhd. Dapatkan segera!

Petikan dari buku

Pada usia 26 tahun, selepas 2 bulan mendirikan rumahtangga, Allah menghantar saya ke suatu permulaan kepada proses mengenal rumah tangga. Bertugas sebagai Imam, jurunikah, guru, jurulatih motivasi, yang segalanya terkumpul dalam kalimah TARBIAH dan DAKWAH, segala pengalaman yang diperoleh amat berbekas pada fikiran, jiwa dan tangan untuk menguruskan diri dalam pelayaran rumah tangga sendiri. Semasa mengajar saya belajar, ketika membantu saya dibantu. Pendedahan yang diperoleh telah begitu berguna dalam membekalkan saya panduan dan bekalan untuk memahami dan seterusnya menghidupkan sebuah dunia kecil bernama “rumah tangga”.

Rumah tangga itu adalah cermin untuk melihat Ummah. Setiap bata yang membentuk binaannya, adalah hasil “air tangan” sebuah rumah tangga.

Medan suami mendidik isteri, medan isteri memimpin suami. Tempat ibu bapa mengasuh anak, dunia anak-anak berihsan dengan ibu bapa. Semua itu adalah “dunia kecil” yang Allah SWT anugerahkan kepada setiap kita untuk belajar membentuk manusia, sebelum berjuang membina massa. Rumah itu medan pertama, sebelum Ummah matlamat besarnya.

“Sebaik-baik kamu adalah kamu yang terbaik kepada keluarganya, dan aku adalah yang terbaik untuk keluargaku.” (Al-Hadis)

Itulah harga sebuah rumah tangga, tempat manusia dibentuk untuk membentuk. Titik mula pada sebuah perkahwinan yang dilayarkan dengan ikrar “aku terima nikahnya” adalah permulaan kepada kembara manusia dan cinta.

Manusia melahirkan cinta.

Cinta melahirkan manusia.

Gerimis SAKINAH membawa pasangan meredah lautan MAWADDAH. Bertemankan RAHMAH untuk menempuh hari cerah dan mendung hitam, manis madu, dan pahit hempedu pada sebuah reality kehidupan, pasca “Aku Terima Nikahnya.”

Cinta dan kasih sayang bukan sekadar kurniaan nikmat hidup yang sementara. Malah ia sebagai satu seruan untuk kita BERCINTA SAMPAI KE SYURGA.

Abu Saif

Kuala Lumpur

Dapatkan petua ini serta banyak lagi dalam buku Aku Terima Nikahnya, Edisi Istimewa.

Judul: Aku Terima Nikahnya, Edisi Istimewa

Penulis: Ustaz Hasrizal Abdul Jamil.

Harga pasaran: RM55 (Semenanjung Malaysia)/ RM58 (Sabah&Sarawak)



Sila klik PAKEJ-PAKEJ PROMOSI untuk baca tentang Kos Penghantaran.


Kembali ke HALAMAN UTAMA atau lihat BUKU, CD, VCD TERPILIH atau layari www.stormreaders.net/ummuamir untuk lihat buku-buku lain dalam stok.

Sunday, March 6, 2011

PROMOSI PAKEJ PERKAHWINAN!


Tarikh kemaskini : 08/04/2011

Statistik jumlah penceraian pasangan suami-isteri Muslim di Malaysia menunjukkan peningkatan yang menggerunkan dari tahun ke tahun. Itu tidak termasuk jumlah rumahtangga yang sedang retak menanti belah.
Innalillahi wa inna ilaihi rojiun...

Ada pasangan yang baru bernikah beberapa hari, inai masih merah pekat di jari, hutang kenduri masih banyak tertunggak, penat lelah ibu bapa membuat persiapan majlis raja sehari belum lagi hilang, talak sudah pun dilafazkan.

Ada pula pasangan suami-isteri yang bercerai ketika anak-anak sedang meningkat remaja, saat-saat genting ketika mereka mendambakan panduan terbaik daripada ibu bapa yang saling mencintai dalam mengenal dan membentuk peribadi diri.

Lebih mengejutkan, ada yang melafazkan talak pada usia emas, tatkala cucu-cucu merindui belaian opah dan atuknya. Ke mana perginya cinta mereka selama ini? Atau apakah tidak pernah ada cinta dalam tempoh berpuluh-puluh tahun mereka diikat oleh ikatan yang suci itu?

Itu belum dikira jumlah anak-anak luar nikah yang dibuang bak sampah yang hina. Bagi yang bernasib baik, sempatlah dihantar ke hospital untuk diselamatkan. Tetapi bagi yang tidak bernasib baik – dibiar terlentang seorang diri dibasahi hujan lebat, dihurungi semut, malahan ada yang dikunyah-kunyah oleh anjing serta biawak. Ya Allah, sebaknya mengenangkan nasib bayi-bayi ini… Naluri keibuanku tidak sanggup membenarkan walau seekor semut menggigit anakku, inikan pula diperlakukan sedemikian rupa! Innalillahi wa inna ilaihi rojiun...

Apakah sebenarnya yang berlaku dalam masyarakat kita pada hari ini? Mungkinkah kita kekurangan ilmu untuk hidup sebagai seorang MANUSIA YANG SEBENARNYA sehingga rahmat Allah jauh dari kita?

Justeru itu, kami menawarkan kepada sahabat-sahabat sekalian buku-buku yang PADAT DENGAN PANDUAN HIDUP INSAN DEMI MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT…

Buku-buku dalam pakej ini

Sila klik pada gambar untuk keterangan lanjut tentang buku-buku tersebut.


Judul: Aku Terima Nikahnya, Edisi Istimewa

Penulis: Ustaz Hasrizal Abdul Jamil.

Harga pasaran: RM55 (Semenanjung Malaysia)/ RM58 (Sabah&Sarawak)

Harga pakej: RM53 (Malaysia, Brunei, Singapore dan lain-lain)


Judul: Doa Menjadi Pengantin Baru Setiap Hari

Penulis: Ustaz Zahazan Mohamed & Mohd. Azrul Azlen Abdul Hamid

Harga pasaran: RM12 (Semenanjung Malaysia)/ RM14 (Sabah&Sarawak)

Harga pakej: RM11 (Malaysia, Brunei, Singapore dan lain-lain)


Judul: Menempuh Gerbang Perkahwinan

Penulis: Dato’ Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah & Hj. Muhammad Zakaria

Harga pasaran: RM19.90 (Semenanjung Malaysia)/ RM22.90 (Sabah&Sarawak)

Harga pakej: RM19 (Malaysia, Brunei, Singapore dan lain-lain)


Judul: Panduan Keluarga Bahagia & Diredhai

Penulis: Ustazah Dato’ Siti Nor Bahyah Mahamood

Harga pasaran: RM13.50 (Semenanjung Malaysia)/ RM15.50 (Sabah&Sarawak)

Harga pakej: RM12 (Malaysia, Brunei, Singapore dan lain-lain)


Kos penghantaran:

Kebiasaannya, apa-apa sahaja barang yang dihantar melalui pos dikira harganya mengikut berat, contohnya 0-2kg dicas RM8, manakala bagi berat
2.1-3kg dikira RM9 bagi Semenanjung Malaysia.

Seperti ramai yang sedia maklum, kos penghantaran ke Sabah & Sarawak adalah lebih tinggi memandangkan perlu menggunakan pengangkutan udara. Casnya adalah seperti berikut; bagi berat 0-0.5kg berharga RM10,
0.6-1kg berharga RM11.50 dan 1.1-1.5kg berharga RM13.

Mahalkan? Sebab itulah kami ingin membantu sahabat-sahabat dengan membayar sebahagian daripada kos penghantaran itu. Cuma di pihak sahabat-sahabat, kami pohon, doakanlah semoga Allah SWT sentiasa membimbing kami ke jalan yang benar, bahagia dan selamat dunia akhirat…

Oh ya, lupa pula hendak beritahu. Penghantaran untuk buku-buku ini akan dilakukan oleh pihak Stormreaders yang beroperasi berhampiran Damansara Damai, Selangor. Oleh itu, walaupun saya sebagai penjual tinggal di Kota Kinabalu, kos penghantaran untuk ke Sabah & Sarawak adalah lebih mahal berbanding kos penghantaran ke Semenanjung Malaysia (kerana kos penghantaran bukan dilakukan dari Sabah).

So, bagi keempat-empat buah buku dalam pakej ini,

Kos penghantaran sebenar: RM9 bagi Semenanjung Malaysia dan RM14 bagi Sabah & Sarawak

Kos penghantaran selepas potongan: RM4 bagi Semenanjung Malaysia dan RM7 bagi Sabah & Sarawak

Jumlah yang perlu dibayar oleh sahabat-sahabat untuk memiliki 4 buah buku yang padat dengan informasi dan tips-tips keluarga bahagia dalam pakej ini ialah:

RM53 + RM11 + RM19 + RM12 + kos penghantaran = RM95 + (RM4 atau RM7)

Jumlah perlu dibayar : RM99 (Semenanjung Malaysia) dan RM102 (Sabah & Sarawak)



Siapa patut miliki buku-buku ini?

Sudah ada salah sebuah buku dalam pakej ini?

Tak mengapa... Kalau sudah ada salah sebuah buku dalam pakej ini, apa kata kalau beli pakej ini dan buku yang sudah ada itu ...


Beli sekarang!

Mudah saja untuk memiliki buku-buku dalam pakej ini, hanya buat 3 langkah berikut:

1. Tempah dengan SMS ke 013-3372701 atau emelkan kepada salwafendi8382@gmail.com. Pihak kami akan semak samada buku-buku tersebut ada dalam stok atau tidak.

2. Buat pembayaran ke akaun bank kami.

3. Tunggu buku-buku sampai!

PERHATIAN: INSYAALLAH, WANG AKAN DIKEMBALIKAN JIKA BUKU-BUKU TIDAK SAMPAI DALAM MASA SEBULAN. INI KOMITMEN KAMI…


Tawaran Istimewa untuk Para Guru!


Apabila cikgu-cikgu sekalian membeli mana-mana satu antara PAKEJ-PAKEJ PROMOSI kami, SEKOLAH tempat cikgu-cikgu mengajar layak menerima baucer buku yang bernilai RM30 yang hanya boleh ditukarkan dengan buku.

Buku tersebut bolehlah dipilih sendiri di kedai online kami iaitu www.stormreaders.net/abuamir .

Cikgu-cikgu sekalian BERTANGGUNGJAWAB MENYERAHKAN BUKU TERSEBUT KE PERPUSTAKAAN SEKOLAH.

Tawaran terbuka kepada 20 orang sahaja/ selagi stok masih ada.

Mudah-mudahan usaha kita untuk menyebarkan ilmu akan diberkati Allah... Aminn...



Jom lihat PAKEJ-PAKEJ PROMOSI yang lain.

Kembali ke HALAMAN UTAMA atau lihat BUKU, CD, VCD TERPILIH atau layari www.stormreaders.net/ummuamir untuk lihat buku-buku lain dalam stok.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...