Wednesday, March 30, 2011

Ucapan salam yang tidak perlu dijawab


Alhamdulillah Astro Oasis banyak memberi manfaat kepada kami sekeluarga. Amir Solihin pun suka suka menonton segmen “Indahnya Iman” yang memaparkan video-video klip zikrullah berserta latar-belakang yang memperlihatkan Kekuasaan dan Keagungan Allah SWT yang menciptakan ala mini dengan begitu indah sekali.

Selain itu, slot “Bicara Kifayah” yang dikendalikan oleh ulamak tersohor di Malaysia iaitu Ust. Dato’ Abu Hassan Din al-Hafiz juga banyak memberi ilmu berguna.

InsyaAllah kali ini saya ingin berkongsi sedikit pengisian yang disampaikan oleh Ust. Dato’ Abu Hassan Din al-Hafiz pada 4 Februari 2011 lalu berkaitan ucapan salam...

Ada 4 kategori salam yang tidak perlu dijawab:

  1. Salam selepas solat

- Makmum tak perlu jawab salam yg diberi oleh Imam selepas membaca tahiyyat akhir kerana salam itu bukan utk kita, tetapi utk makhluk lain.

- Kalau makmum jawab juga, maka rosaklah solatnya.

  1. Salam daripada org bukan Islam

- Salam yang diberi oleh orang yg diyakini bukan Islam tak perlu jawab kerana ucapan salam khusus utk orang Islam.

  1. Salam yang bertujuan mempermainkan syiar Islam

- Sekarang ni banyak berlaku budak-budak lelaki mengusik gadis-gadis yang berjalan melintasinya.

“Assalamua’laikum… Kalau tak jawab berdosa…”

- Jelas sekali ini mempermainkan syiar Islam, maka tak perlu dijawab oleh gadis-gadis itu.

  1. Salam yg diberi selepas diucapkan perkataan lain

- Kadang-kadang dalam majlis, orang yang berucap itu mendahulukan ucapan/ perkataan lain sebelum salam, contohnya seperti berpantun, etc. Salam orang ini tak perlu dijawab.

- Kalau ikut video yang ditayangkan, boleh membaca Basmallah & Selawat dulu sebelum memberi salam.

Ucapan salam yang terbaik adalah “Assalamua’laikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh”. Terdapat juga orang yang menambah perkataan “taala” dalam salamnya menjadikannya “Assalamua’laikum wa Rahmatullahi Taala wa Barakatuh”. Perkara ini tak dibenarkan dalam Islam.

Dalam pada itu, apabila seseorang memberi salam kepada kita, sebaik-baiknya hendaklah kita menjawabnya dengan ucapan yang lebih baik.

Contohnya, seseorang berkata, “Assalamua’laikum wa rahmatullah.”

Eloklah kita menjawabnya dengan “Waa’laikummussalam wa rahmatullahi wa barakatuh.”

Cukuplah setakat ini dulu. InsyaAllah kalau ada rezeki dan kelapangan, akan kita kongsikan lagi ilmu di sini. Wallahua’lam…

p/s: Diharapkan pengisian ini memberi manfaat kepada kita semua. Sekiranya ada kesilapan, mohon teguran daripada sahabat-sahabat semua.


Kembali ke HALAMAN UTAMA


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...