Sunday, March 6, 2011

Jom nilai tahap kesediaan kita untuk menjadi usahawan!



Sebagai panduan kepada kita yang baru hendak berjinak-jinak dalam bidang perniagaan, pihak Stormreaders bermurah-hati untuk berkongsi tips-tips berguna kepada kita dalam bentuk doa-doa, adab-adab dan senarai semak.

Jom kita cermin diri adakah kita sudah benar-benar bersedia untuk menjadi usahawan dengan menggunakan senarai semak (checklists) yang disediakan!







1. Senarai semak sebelum menjadi Usahawan!

1.1 Adakah anda seorang yang berdikari & boleh memulakan pekerjaan
sendiri tanpa banyak bergantung kepada bantuan orang lain?

1.2 Adakah anda sering merancang jauh ke hadapan?

1.3 Adakah anda bersedia untuk bekerja lebih keras daripada sebelum
ini & melalui jam kerja yang lebih panjang tanpa jaminan gaji bulanan
yang tetap?

1.4 Adakah anda mempunyai disiplin diri yang kuat?

1.5
Adakah anda bersedia membuat keputusan yang susah bersendirian?

1.6 Adakah anda suka bersaing?

1.7 Adakah anda sedar ada ketikanya nanti anda akan mengalami
kebuntuan & memerlukan bantuan luar?

1.8 Adakah anda boleh membuat keputusan sendiri?

1.9 Pernahkah orang lain meminta bantuan anda untuk membuat
keputusan?

1.10 Adakah anda bersedia untuk mendapatkan bantuan dari luar?

1.11 Adakah anda tahu di mana anda boleh mendapatkan bantuan?

1.12 Adakah anda suka berinteraksi dengan orang lain?

1.13 Mampukah anda berunding secara berkesan dengan orang lain?

1.14 Bolehkah anda bekerjasama dengan orang lain?

1.15 Adakah anda seorang pemimpin, motivator atau pegawai perhubungan
yang berkesan?

1.16 Adakah anda bersedia untuk mewakilkan kuasa & tanggungjawab
kepada orang lain?

1.17 Adakah anda bersedia mengaku jika melakukan kesalahan?

1.18 Adakah anda menzahirkan imej professional kepada pelanggan anda?

1.19 Bolehkah orang mempercayai apa yang anda akan buat & apa yang
anda katakan?

1.20 Adakah anda mempunyai pengalaman mengurus?

1.21 Adakah anda mempunyai kemahiran teknikal yang perlu anda lakukan
terhadap perniagaan anda?

1.22 Adakah anda mempunyai kemahiran perniagaan untuk menjalankan
perniagaan anda itu?

1.23 Adakah anda pasti kekuatan dan kelemahan diri anda?

1.24 Adakah anda mempunyai rakan kongsi atau penasihat yang boleh
memberi imbangan kepada kelemahan anda?

1.25 Pernahkah anda bekerja atau terlibat dalam bidang perniagaan yang
anda hendak mulakan?

1.26 Adakah anda telah melakukan penyelidikan yang menyeluruh tentang
perniagaan anda?

1.27 Adakah anda banyak membaca tentang perniagaan anda dan industri berkaitan?

1.28 Adakah anda seorang pendengar yang baik?

1.29 Adakah anda sentiasa mengambil berat tentang kebajikan dan perkembangan
orang yang di bawah jagaan anda?


- Peniliaian diri -

Sila jumlahkan bilangan "YA" yang anda dapat:

1 – 10 : Anda tidak mempunyai bakat semulajadi untuk menjadi seorang usahawan. Jika anda menceburkan diri juga, besar kemungkinan anda akan gagal di tengah jalan. Bukan itu sahaja, anda juga belum memiliki kemahiran menjadi seorang usahawan. Ringkasnya, anda belum bersedia menjadi seorang usahawan.

11 – 20 : Anda ada bakat menjadi seorang usahawan tetapi memerlukan lebih banyak dorongan dan bimbingan. Anda juga telah memiliki kemahiran keusahawanan. Ini banyak membantu anda untuk berjaya


21 – 30 : Anda sudah layak menjadi seorang usahawan. Penglibatan dan pengalaman anda dalam bidang keusahawanan juga agak meluas. Anda juga mempunyai watak semulajadi seorang usahawan. Selamat berjaya!



2. Mengapa Anda Memulakan Perniagaan


Anda telah nekad untuk memulakan perniagaan. Anda mengambil keputusan ini mungkin disebabkan beberapa faktor. Tandakan (/) pada ruang yang berkenaan.

2.1 Anda ingin bergelar usahawan.

2.2 Anda ingin membebaskan diri daripada rutin kerja harian 9 pagi – 5 petang.

2.3 Anda ingin berubah angin.

2.4 Anda ingin menjadi bos sendiri.

2.5 Anda lebih suka buat apa yang anda mahu pada masa yang anda aturkan sendiri.

2.6 Anda ingin meningkatkan taraf hidup anda.

2.7 Anda ingin menambah pendapatan.

2.8 Anda bosan dengan kerja sekarang.

2.9 Anda ingin membersihkan pendapatan kerana pekerjaan anda sekarang terlibat dengan perkara yang haram atau syubhah.

2.10 Anda mempunyai barangan atau perkhidmatan yang anda rasakan sangat diperlukan oleh pengguna yang belum dipenuhi oleh orang lain.

2.11 Lain-lain (sila nyatakan)

….………………………………………………………………………….


3. Analisis ketahanan diri






Untuk memulakan perniagaan, anda harus menguatkan pertahanan diri. Tubuh badan yang mempunyai daya tahan (antibodi) yang tinggi daripada serangan bakteria dan virus akan mampu menahan serangan penyakit. Begitu juga jiwa kita.

3.1 Adakah anda sedar bahawa menjalankan perniagaan sendiri memerlukan anda bekerja 12-16 jam sehari selama 6 hari seminggu dan kadang-kala terpaksa bekerja pada hari Ahad atau cuti umum?

3.2 Adakah anda mempunyai cukup stamina untuk menangani bebanan kerja dan jadual pertemuan?

3.3 Adakah anda mempunyai kekuatan emosi untuk berhadapan dengan tekanan?

3.4 Adakah anda bersedia untuk merendahkan taraf hidup anda buat sementara waktu sehingga perniagaan anda betul-betul stabil.

3.5 Adakah keluarga anda sanggup untuk turun padang dan menanggung sama kesusahan yang mungkin menimpa?

3.6 Adakah anda sanggup dipandang rendah oleh kaum keluarga yang menilai bahawa diri anda telah kehilangan taring?

3.7 Adakah anda bersedia untuk kehilangan wang simpanan anda?


- Analisis Diri –

Sila jumlahkan bilangan "YA" yang anda dapat:

0 – 3 : Anda tidak layak menjadi seorang usahawan. Anda terlalu mengongkong diri anda kepada pekerjaan yang selamat dan tanpa risiko. Daya tahan diri anda cukup kurang. Rasa ego anda juga tinggi. Mengekalkan pekerjaan anda sekarang adalah lebih baik.

4 – 5 : Maaf, diri anda belum cukup kuat untuk menjadi seorang usahawan. Jika anda ceburi juga, mungkin anda akan patah semangat di tengah jalan. Bagaimanapun, pintu keusahawanan tidaklah tertutup rapat bagi anda. Masih ada ruang jika anda ingin membaiki diri anda.

6 – 7 : Tahniah! Anda memang telah bersedia untuk menjadi seorang usahawan. Cuma anda perlu baiki diri anda hingga anda juga akan menjawab “Ya” bagi 1 atau 2 soalan yang anda jawab “Tidak”. Jika ini boleh anda lakukan, anda berpotensi untuk menjadi seorang usahawan cemerlang.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...