Friday, April 8, 2011

Buku: Diari Hamil



Judul : Panduan Lengkap Kehamilan - Diari Hamil

Penulis : Khairun Nisa Zakaria, Muhd. Mawardi Zakaria & Khulwana Hanapi

Harga pasaran : RM26.00 (Sem. M’sia)/ RM29 (Sabah&Sarawak)


DIARI HAMIL ini disusun untuk kegunaan dan rujukan ibu dan bakal ibu sepanjang tempoh mengandung orang baru yang bakal lahir. Semua orang mengimpikan cahaya mata yang sempurna dan soleh atau solehah. Sebagaimana Allah merancang, anda juga perlu merancang sebuah kelahiran yang cemerlang. Gunakanlah buku ini.


Bagaimana menggunakan buku ini?

  1. Buku ini merupakan panduan lengkap kepada bakal ibu. Mendedahkan perkembangan semasa bayi serta ibu sepanjang kehamilan.

  1. Panduan berguna bagi melancarkan aktiviti ibu semasa hamil dan menyediakan diri selepas proses bersalin.

  1. Turut memuatkan tip-tip yang berguna kepada suami dan bakal bapa untuk kesejahteraan isteri dan bayi.

  1. Hadiah kepada isteri tersayang.

  1. Khazanah kenangan paling berharga buat seisi keluarga yang boleh disimpan sebagai koleksi peribadi.


Petikan dari Buku

Info Syariah

Antara amalan yang dianjurkan untuk ibu yang hamil ialah berzikir mengingati Allah SWT serta memperbanyakkan membaca Al-Quran. Kerana dengan amalan tersebut boleh memberi ketenangan pada jiwa dan memberi kesan yang positif kepada bayi dalam kandungan. Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Ra’d, ayat 28:

Maksudnya: Orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenang dengan mengingati Allah. Ketahuilah hanya dengan mengingati Allah, hati menjadi tenang.”

Antara petua-petua yang biasa diamalkan oleh ibu mengandung adalah membaca Surah-surah pilihan iaitu:

  • Surah Yusuf - untuk memohon anak yang cantik rupa dan akhlak.

  • Surah Luqman - untuk memohon anak yang cerdik.

  • Surah Maryam - untuk memudahkan bersalin.

  • Surah Yassin - untuk memohon anak yang teguh hati dan tidak terpengaruh dengan maksiat.

  • Surah al-Hujurat - untuk membanyakkan susu ibu.

Perkembangan Bayi dalam Kandungan pada Trimester Pertama (0-12 Minggu)

Trimester pertama kehamilan merupakan peringkat yang sangat penting bagi bayi anda. Ini kerana, trimester ini merupakan satu peringkat di mana pembentukan tisu, organ dan anggota badan bayi berlaku.

Kehamilan anda pada peringkat ini sangat mudah terdedah kepada jangkitan kuman, kecacatan fizikal dan mental janin. Risiko keguguran juga sangat besar sekiranya langkah waspada tidak diambil.


Dapatkan banyak lagi info dan tips perkara-perkara yang patut diamalkan dan ditinggalkan oleh ibu-ibu hamil melalui buku Diari Hamil.



Sila klik PAKEJ-PAKEJ PROMOSI untuk baca tentang Kos Penghantaran.

Kembali ke HALAMAN UTAMA atau lihat BUKU, CD, VCD TERPILIH atau layari www.stormreaders.net/ummuamir untuk lihat buku-buku lain dalam stok.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...