Thursday, February 10, 2011

Mengapa kami pilih Stormreaders?


Seperti yang dijanjikan, InsyaAllah saya akan terangkan serba ringkas mengapa saya & suami pilih Stormreaders...

  1. Polisi syarikat yang mementingkan keberkatan dalam perniagaan serta mencari keredhaan Allah SWT. Justeru itu, sistem MLM Stormreaders telah dibangunkan oleh mereka yang pakar dalam sistem kewangan Islam - halal, haram dan syubhahnya.

  1. Ilmu - selain daripada kami dapat menambah lebih banyak ilmu, InsyaAllah dapat juga kami membantu dalam penyebaran ilmu. Mudah-mudahan ilmu yang bermanfaat itu dikira sebagai amal jariah, buat bekalan di hari perhitungan.

  1. Dengan membayar yuran keahlian RM90 sahaja, kami boleh menyewa sebuah kedai online selama 1 tahun yang mana pengguna internet bebas mengunjungi dan membeli bahan-bahan bacaan seperti buku, CD dan VCD pada bila-bila masa dan di mana jua.

  1. Kami tidak perlu membeli dahulu buku-buku tersebut kerana apabila pelanggan menempah bahan-bahan bacaan tersebut, pejabat Stormreaders sendiri yang akan melakukan pembungkusan dan menghantarnya kepada pihak pos. Tetapi sekiranya kami mahu membeli dahulu supaya senang untuk dijual kepada saudara-mara dan rakan taulan, itu tidak menjadi masalah.

  1. Sebagai ahli, sesiapa sahaja yang membeli di kedai online kami, kami akan mendapat 20% komisyen dan wang ini dimasukkan ke dalam e-wallet. Pada bila-bila masa yang perlu, kami boleh mengeluarkannya.

  1. Kami tidak mahu bertangguh lagi untuk memulakan perniagaan sendiri memandangkan usia semakin menghampiri 30-an, mudah-mudahan ia menjadi titik-tolak untuk kami membina empayar perniagaan sendiri satu hari nanti yang boleh diwariskan kepada anak-cucu-cicit yang berkongsi cita-cita serta impian yang sama.

  1. Kami ingin belajar selok-belok perniagaan dengan modal yang kecil terlebih dahulu sebelum pergi lebih jauh.

So, macamana? Berminat nak join Stormreaders?

Nanti dulu, kata orang "tak kenal maka tak cinta". So, sebelum sahabat-sahabat semua isi borang utk jadi ahli Stormreaders, kenalah tahu dulu serba-sedikit tentang Stormreaders, especially tentang faktor-faktor yang menyebabkannya disahkan sebagai perniagaan MLM (multi level marketing) yang berlandaskan syariah.

Bila dah ambil tahu tentang perkara-perkara ini, InsyaAllah sahabat-sahabat semua akan lebih yakin & tertarik utk menyertainya...



Siapa Stormreaders?


STORMREADERS NETWORK SDN BHD (819400-M) (AJL-931780) ditubuhkan pada 28hb Mei 2008. Ia merupakan sebuah anak syarikat kepada TELAGA BIRU SDN BHD, iaitu sebuah syarikat Bumiputera Islam yang telah beroperasi sejak 1997.

Dengan berpengalaman lebih 10 tahun sebagai penerbit dan pengedar produk-produk Islam terutamanya buku-buku, kaset, CD dan VCD, yang disampaikan oleh ikon-ikon tersohor di tanahair kita seperti Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah, Dato’ Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamud , Ustaz Zahazan Mohamed, Dr Irfan Khairi, Ustaz Zaharuddin, Dato Hj Ismail Kamus dan ramai lagi.

Untuk maklumat lanjut, bolehlah baca di link ini : http://www.stormreaders.my/anda-mula-di-sini/42-apa-itu-stormreaders/81-siapa-stormreaders.html

Kini, Stormreaders juga ada menjual buku-buku terpilih yang diterbitkan oleh penerbit-penerbit lain selain daripada Telaga Biru. Antaranya adalah buku-buku bermanfaat terbitan PTS Publications, Ana Muslim, Hijjaz Records, Tabung Haji dan sebagainya.

Untuk maklumat lanjut, bolehlah baca di link ini : http://www.stormreaders.my/
Pengesahan MLM patuh syariah

Antara faktor-faktor yang dinilai oleh Panel Penasihat Syariah Stormreaders bagi membolehkannya mendapat pengesahan syariah adalah komisyen dan bonus yang diberi kepada ahli yang aktif. Saya sertakan di bawah ini sedikit persoalan & penjelasan yang berkaitan MLM patuh syariah:


Menjadi ahli

Keahlian Stormreaders Network boleh dimiliki dengan membayar yuran pendaftaran sebanyak RM90 untuk:
  • Kit Permulaan Perniagaan = RM30
  • Kad keahlian Stormreaders = RM30 (tahunan)
  • Insuran Takaful RM30,000
  • Khairat Kematian RM3,000
  • Kemudahan e-Store & Sistem e-Net = RM30 (tahunan)

Maka: setelah semakan, beberapa aqad telah digunakan iaitu:


1. Wakalah Muqayyadah: Iaitu pihak peserta mewakilkan sebahagian wangnya untuk menyertai skim takaful dan juga skim khairat kematian.


2. Ijarah (Sewa): e-Store & Sistem e-Net adalah sebuah kedai maya dan sistem maklumat pengurusan rangkaian yang disewakan kepada peserta dengan nilai tertentu pada setiap tahun. Dikenakan pada nilai RM30 setiap tahun. Ahli bebas sama ada untuk meneruskan sewaan atau tidak (memperbaharui keahliannya).


3. Bai al-Mutlaq: Iaitu jual beli biasa, apabila pihak peserta membeli Kit Permulaan Perniagaan.

Justeru, sepanjang semakan saya (Ust. Zaharuddin/ Ust. Zahazan), tiada unsur pinjaman duit, atau serahan duit tanpa timbal balas aset. Semua wang yang diserahkan dalam yuran awal mempunyai aqad tersendiri di dalam Islam dan semua aqad tersebut adalah harus dan halal.


Menggabungkan pelbagai aqad tersebut dalam satu borang juga diizinkan kerana semua aqad berdiri dengan sendirinya (Mustaqil) tanpa bertentangan di antara satu sama lain. Dalam kata lain ia bukan "Uqud Mutanaqidhah Wa Mutanafiah” yang tidak boleh digabung jalinkan.

Di peringkat ini, ahli boleh menjana pendapatan dari:

a. 20% Komisyen Jualan e-store peribadi


Syariah: Wakalah Bil Ujr (wakil dengan upah): Oleh kerana barangan di dalam e-store adalah bukan milik ahli, tetapi milik syarikat yang diniagakan oleh ahli di dalam ‘online store’nya. Ini bermakna hubungan di antara ahli dan syarikat dalam konteks ini adalah ‘WAKALAH BIL UJR’ Aqad ini juga termeterai iaitu apabila setiap penjualan yang dibuat melalui e-store peserta, pihak syarikat akan memberikan komisyen sebanyak 20% dari semua harga terkumpul jualan. Ia juga halal dan harus serta menepati syarat-syarat dalam aqad Wakalah Bil Ujr iaitu wakil maklum akan jumlah komisyen yang ditawarkan syarikat.




b. 5% Bonus Jualan e-Store Global (GOSV) - Perkongsian daripada 5% jumlah jualan seluruh e-Store yang terdapat di dalam rangkaian e-Store Stormreaders Network dengan jumlah perkongsiannya mengikut tahap pencapaian jualan e-Store peribadi.

Syariah: Pendapatan ini halal, ia didasari oleh aqad Hibah, iaitu hadiah dari sebelah pihak iaitu syarikat sebagai insentif galakan bagi ahli mereka.

Untuk maklumat lanjut, bolehlah baca di link ini : http://stormreaders.my/anda-mula-di-sini/42-apa-itu-stormreaders/75-penilaian-hukum-syariah.html


Senarai semak

Pihak Stormreaders ada menyediakan beberapa senarai semak sebagai panduan kepada kita untuk menilai tahap kesediaan diri untuk menjadi usahawan. Sila baca di sini.

Berminat sertai Stormreaders?

So selepas baca semua info di atas, adakah sahabat-sahabat masih berminat utk menyertai Stormreaders?

Kalau Ya, sila e-melkan NAMA PENUH & NO. TELEFON sahabat-sahabat kepada e-mel saya; salwafendi8382@gmail.com


InsyaAllah nanti saya akan hubungi sahabat-sahabat untuk mengisi borang permohonan keahlian.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...