Monday, February 7, 2011

My online bookstore! Impian dan harapan...





Bismillahir Rahmanir Rahim....

Alhamdulillah, akhirnya saya dah ada idea utk menulis artikel pertama blog ini http://indahnya-alamkita.blogspot.com ni...

Utk coretan pertama ni ingin saya nyatakan kesyukuran dan kegembiraan tak terhingga kerana impian utk memiliki sebuah kedai buku telah terlaksana, biarpun hanya di alam maya. Alhamdulillah...syukur sgt coz Allah SWT menunjukkan jalan utk saya melangkah setapak lagi demi mencapai impian. Saya sedar ini baru permulaan dan jalannya masih jauh. Saya juga seperti umat Islam yg lain, mahu ada saham dalam perjuangan menegakkan kalimah Allah SWT agar ianya dapat menjadi bekal di hari perhitungan nanti. Salah-satu caranya ialah berjihad dalam bidang ekonomi.

Alhamdulillah, sekarang makin ramai penulis buku & usahawan yang berusaha membantu meningkatkan ekonomi umat Islam dengan cara memberi panduan asas memulakan perniagaan, etc. Apa yang patut dan tak patut dilakukan, apa yang perlu diamalkan dan dijauhi, menilai sempadan haram-halal, menjauhi yang haram dan syubhah, menjauhi riba', bersikap amanah, jujur, ikhlas, syukur dan sebagainya. Antara penulis/ penceramah tersebut adalah Ust. Zaharuddin, Chef Li, Ann Wan Seng, Dato' Dr. Fadzillah Kamsah, Dato' Siti Nor Bahiyah dan ramai lagi... Bacalah buku tulisan mereka, dengarlah ceramah mereka yg pastinya banyak tips2 berguna utk kita...

Bagaimana ianya bermula

Pada penghujung 2007, saya memangku jawatan sebagai "desk officer" utk sebuah program saintis. Ia lebih terarah utk mengkomersilkan produk2 saintis tempatan dengan kerjasama syarikat2 swasta. Banyak insentif & bantuan yg disediakan kerajaan dan kami telah mengadakan byk seminar bagi meggalakkan golongan2 tertentu itu menyambar peluang ini. Kesempatan ini membolehkan kami bertemu dengan ramai orang yg "sit on big money!". Sedikit demi sedikit hati saya mula terarah kepada bidang keusahawanan.

Sejak membuat keputusan untuk melepaskan jawatan sebagai pegawai sains di salah sebuah agensi kerajaan pada 2008 dulu, saya selalu melakukan survey, berbincang dengan suami dan pernah juga menjalankan perniagaan kecil-kecilan berkaitan aksesori wanita. Tapi hati ni tetap cenderung untuk memiliki perniagaan berkaitan bahan-bahan bacaan coz kalau boleh tak mahu ilmu yg pernah ditimba sehingga ke menara gading dulu tidak hilang begitu sahaja.

Banyak juga halangan & kata-kata pedas yg saya terima kerana memilih utk bekerja dari rumah disamping menguruskan rumahtangga. Syukurlah suami banyak memberi suntikan semangat. Pernah juga kami cuba menjual buku-buku terbitan sebuah syarikat. Kemudian, Allah lorongkan hati kami utk selalu mengunjungi website Ustaz Zaharuddin dan isterinya, Kak Ina sebagai santapan rohani. Alhamdulillah, di situ juga kami mengetahui sedikit sebanyak tentang pandangan ulamak berkaitan perniagaan MLM yang banyak menjutawankan ahli-ahli terawal. Atas inisiatif pihak tertentu, lahirlah Stormreaders yang menjalankan perniagaan MLM berlandaskan syariah.

Apa yang menarik?

Pakej2 & prinsip yg diterapkan dalam Stormreaders berjaya menambat hati saya n suami. InsyaAllah akan saya coretkan lebih lanjut di lain waktu...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...