Alhamdulillah, hari ni baru kesempatan kembali & dapat idea utk update blog ini setelah sebulan lebih menyepi. Baru-baru ni biras saya, Kak Wani ada memaklumkan tentang sebuah buku yang ditulis oleh seorang ibu, Isyah Radhiah yang juga merupakan isteri kepada Che Am Raihan, tentang pengalaman mereka melalui saat-saat getir merawat anak yang disahkan menghidap kanser otak. Saya pun cepat-cepat mencarinya. Alhamdulillah ramai juga bloggers yang ulas tentang buku ini.
Sesiapa sahaja yang membacanya pasti tersentuh hati menyelami ikhtiar-ikhtiar mereka menyelamatkan anak tersayang. Kebesaran Allah terlihat melalui kisah mereka. Subhanallah!
Judul: Anakku Brain Tumour, Hikmah 5 sebelum 5
Penulis: Isyah Radhiah Idris
Harga pasaran: RM25 (Semenanjung Malaysia)/ RM27 (Sabah&Sarawak)
Harga promosi: RM22 (Malaysia, Brunei, Singapore dan lain-lain)
Keterangan buku
Pada pertengahan 2010, mereka diduga Allah dengan penyakit yang digeruni yang dihidapi anak ketiga mereka, Ahmad Mahir Baihaqi atau nama panggilannya Aqi, yang ketika itu (pertengahan 2010) berumur 9 tahun. Anak yang cergas sejak lahir itu mendapat sakit kepala yang berterusan dan muntah-muntah selama seminggu. Dia disahkan menghidap ketumbuhan otak (brain tumour) oleh Hospital Pakar Damansara.
Maka bermulalah episod dugaan hidup yang terpaksa ditempuhi oleh isteri yang ketiadaan suami di sisi, iaitu tatkala Che Amran ke Australia selama 10 hari untuk pelancaran album Raihan. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Kebahagiaan dan kegembiraan bagaikan diragut. Perasaan berkecamuk berlegar di dalam diri. Benarkah anak ini menghidap penyakit bahaya yang menjadi igauan ngeri setiap insan? Kepulangan suami menjadi pengubat jiwa yang gundah. Namun, empat hari mereka dalam keadaan buntu, sambil tetap pasrah dengan ketentuan Ilahi dan redha dengan ketetapan-Nya.
Doktor pakar bertegas bahawa pembedahan perlu segera dibuat untuk mengelakkan tumor daripada membesar dan menyerang saraf penting di dalam otak. Berpindah ke hospital kerajaan dan kemudian berpatah balik ke hospital swasta adalah usaha yang dilakukan semata-mata kerana mahu memastikan pembedahan dilakukan segera ke atas Aqi. Namun masalah kewangan dan risiko yang akan dihadapi sekiranya pembedahan dijalankan, membuatkan mereka suami isteri dalam dilema.
Pandangan dan nasihat daripada kaum keluarga dan kenalan melalui telefon dan SMS, diambil sebagai pertimbangan. Biar apa pun, keputusan adalah di tangan mereka. Mereka sendirilah yang perlu memutuskan apa yang terbaik untuk anak mereka. Perlukah pembedahan segera dilakukan atau patutkah ditangguhkan? Wajarkah mereka memilih rawatan alternatif untuk mengelak risiko daripada pembedahan? Wujudkah rawatan alternatif untuk penyakit berbahaya ini yang tidak memerlukan pembedahan? Sejauh mana kesannya?
Pertemuan dengan Kak Zah yang mempunyai anak dengan penyakit yang sama dengan Baihaqi telah membuat Isyah merenung dan berfikir dengan mendalam. Antara pesanan Kak Zah yang menusuk kalbu Isyah; “Kita perlu bergerak untuk anak seperti ini. Walaupun dia nampak dah stabil, kita tidak boleh berada di zon selesa.” Walaupun anak Kak Zah sendiri telah menjalani pembedahan, dia menyarankan agar Isyah berusaha mendapatkan rawatan lain terlebih dahulu kerana Isyah masih mempunyai pilihan, berbanding dengan Kak Zah sebelum ini yang terdesak membuat keputusan kerana kesuntukan masa dalam membuat pilihan.
Pesanan ibunya juga membuatkan renungan Isyah makin dalam. “Sah, mak rasa elok kalau tangguh dulu perancangan pembedahan tu. Mak tak sedap hati kalau menyentuh bahagian kepala,” kata si ibu. Berdasarkan pandangan majoriti ahli keluarga dan sahabat-handai, akhirnya Isyah dan Che Amran membuat keputusan.
Ketika segala persiapan sudah dibuat oleh hospital pakar untuk menjalankan pembedahan ke atas Baihaqi, Che Amran menelefon doktor dan memaklumkan keputusan itu, meminta pembedahan ditangguhkan dan meminta izin untuk membawa keluar Baihaqi dari hospital. Selepas itu bermulalah perjalanan mencari kaedah-kaedah rawatan alternatif yang diiringi dengan terapi solat, terapi doa, terapi al-Quran dan penjagaan pemakanan yang ketat untuk Baihaqi. Masih terngiang-ngiang kata-kata doktor sebelum ini; “Jangan mengharapkan sangat daripada anak ini, dia tidak akan hidup lama.”
Hikmah daripada apa yang berlaku, Isyah dan Che Amran semakin sedar akan tanggungjawab mereka dalam memenuhi amanah Allah menjaga dan mendidik anak-anak. Hubungan mereka suami isteri juga bertambah erat, manakala hubungan dengan kaum keluarga dan sahabat-handai tambah rapat.
Anakku Brain Tumour adalah perkongsian pengalaman yang akan memberi motivasi ‘hidup’ kepada ibu bapa dan memberi harapan baru kepada mereka yang mempunyai anak yang senasib dengan Baihaqi. Lebih daripada itu, ia sebuah kembara rohani sepasang suami isteri dalam menunaikan tanggungjawab dan amanah demi mencari keredhaan Tuhan.
Testimoni
“Satu perkongsian pengalaman yang sangat bermakna buat seorang yang bernama ibu mahupun bapa Tahniah bukan hanya pada penerbitan bukunya tetapi juga kerana ketabahan melalui saat-saat genting demi nyawa seorang anak yang disayangi. Penulisan ini juga sebagai panduan bagi mereka yang menghadapi masalah yang sama.”
- Tn Hj Ismail Ahmad, Pengarah Urusan HPA
“Gabungan pengalaman dan ilmu berdasarkan fakta ... bukan sahaja sebagai panduan untuk mereka yang menghadapi ujian penyakit malah panduan bagaimana hubungan dalam keluarga, dengan saudara-mara dan sahabat-handai perlu berlangsung secara ikhlas.”
- Siti Rugayah Hj. Tibek, pensyarah Jabatan Dakwah, Fakulti Pengajian Islam, UKM
“Buku ini bukan sekadar mengenai tumor di dalam kranium tetapi menjangkaui persoalan seluas atmosfera kehidupan. Bingkisan berharga bagi sesiapa yang mencari pahlawan dalam diri, semangat melawan kental, rahsia perawatan yang begitu unik, harga budi dan kasih sayang serta pergantungan mutlak pada Ilahi. Ia membenarkan: setiap sesuatu sentiasa punya pilihan ketiga yang infiniti!”
- Ustaz Zul Ramli Mohamed Razali, perunding motivasi dan penulis buku U-Turn Ke Jalan Lurus dan R&R Di Lebuh Raya Kehidupan
“Sangat terkesan dengan jalan ceritanya. Amat menarik. Satu catatan pengalaman yang amat berharga. Wajib dibaca oleh semua lapisan masyarakat. Kekentalan jiwa seorang ibu membawa kepada kekuatan. Walau dalam keadaan genting masih mampu membuat keputusan dengan tenang.”
- Hasan Suyut, CEO Lotus West Engineering Sdn. Bhd. dan penulis buku Kembara Atiq Wazif: Satu Anugerah
“Kita tidak akan tahu sejauh mana kuatnya kita dalam menghadapi ujian hidup sehinggalah satu-satunya pilihan yang ada pada kita hanyalah untuk redha dan sabar dalam menerima qadha dan qadar Allah. Buku ini besar nilai tarbiahnya kerana ia memaparkan bagaimana pasangan suami isteri ini mengurus ujian hidup dengan jiwa tauhid.”
- Zabidi bin Mohamed, penulis skrip drama http://zabidiskrip.blogspot.com
Siapa patut miliki buku ini?
Kos penghantaran
Setelah beberapa bulan beroperasi secara online, kami suami-isteri ingin try kaedah baru yang memberi win-win situation kepada kami dan anda, para pelanggan yang budiman.
Sebagai makluman, saya kini menetap di Kota Kinabalu, Sabah kerana mengikut suami yang bekerja di negeri di bawah bayu ini. Walaubagaimanapun, ada tempoh tertentu di mana saya dan Amir Solihin akan pulang ke kampung di Telok Mas, Melaka dan Sg. Buloh, Selangor untuk jangka masa tertentu. Biasanya sehingga 4 minggu. Iyelah, sesekali pulang ke kampung, biarlah lama kan. Lagipun saya bekerja sendiri, hanya perlu memohon ‘cuti’ daripada suami ;-)
Justeru, kaedah baru yang kami maksudkan itu ialah apabila saya berada di Kota Kinabalu, pelanggan di Kota Kinabalu dan sekitarnya akan menerima penghantaran PERCUMA ke rumah/ pejabat anda.
Kemudian apabila saya berada di Telok Mas dan Sg. Buloh, pelanggan di kawasan sekitarnya akan menerima penghantaran PERCUMA ke rumah/ pejabat anda.
Pelanggan yang menetap jauh dari kawasan-kawasan ini pula akan dikenakan bayaran antara RM 3 – RM 8, bergantung kepada jaraknya dan jenis pos (pos biasa/ pos laju).
Sukacita dimaklumkan, InsyaAllah saya akan berada di Kota Kinabalu daripada 4 Jun – 25 Ogos 2011. Manakala daripada 26 Ogos – Oktober 2011 saya akan berada di Melaka/ Selangor. Jadi, rebutlah peluang ini!
(Walaubagaimanapun, ini hanyalah perancangan kami, sesungguhnya Allah jualah yang menentukan segalanya. Sekiranya terdapat sebarang perubahan, kami akan memaklumkan kepada pelanggan yang menghubungi kami)